Chery Malaysia Serahkan EV Omoda E5 Kepada MITI

Upacara penyerahan Chery Omoda E5 EV kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz oleh Pengerusi Chery Automobile, Tuan Yin Tong Yue
Chery Malaysia baru-baru ini telah membuat penyerahan model EV terbaru, Chery Omoda E5 EV, kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian Malaysia, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz. Peristiwa bersejarah ini berlangsung semasa lawatan Pengerusi Chery Automobile Co. Ltd., Yin Tong Yue, ke Malaysia, diiringi oleh wakil-wakil utama Chery dari China yang terdiri daripada pihak pengurusan teratas Chery.

Penyerahan Omoda E5 kepada Menteri MITI adalah sebahagian daripada lawatan rasmi Chery Automobile ke Malaysia
Dalam satu upacara eksklusif yang diadakan di ibu pejabat MITI, Pengerusi Chery Automobile telah menyerahkan Omoda E5 kepada Menteri MITI, Tengku Zafrul, yang disaksikan oleh wakil-wakil Chery Automobile dan pegawai-pegawai kanan di MITI. SUV elektrik ini dijangka akan memainkan peranan penting untuk menghidupkan semula kehadiran Chery di pasaran Malaysia, menjadi model elektrik pertama yang akan dilancarkan oleh jenama China ini di sini.

SUV Chery Omoda 5 merupakan salah satu model terlaris Chery untuk pasaran eksport
Penyerahan Omoda E5 kepada Menteri MITI adalah sebahagian daripada lawatan rasmi Chery Automobile ke Malaysia dalam usaha mencari peluang baru untuk pembangunan jenama Chery di Malaysia. Hadir bersama Pengerusi Yin Tong Yue semasa lawatan ini ialah Presiden Chery International, Zhang Gui Bing, Naib Presiden Chery International, Chen Chun Qing dan wakil pengurusan teratas lain.


EV Chery Omoda E5 telah dipertontonkan semasa Chery International User Summit 2023 di Wuhu, China
Bagi mendapatkan pemahaman mendalam mengenai dasar dan trend automotif terkini Malaysia, perbincangan telah diadakan bersama pemain pasaran automotif negara, pelabur dan pengedar Chery, serta wakil-wakil industri lain semasa lawatan. Semua pihak berkongsi pandangan mengenai kemajuan projek-projek penting di Malaysia, serta mengkaji strategi pembangunan Chery Malaysia.
"Malaysia [sebuah pasaran] penting dalam strategi global Chery. Pelaburan untuk menubuhkan kilang CKD bukan hanya untuk manfaat pasaran Malaysia tetapi juga seluruh rantau Asia Tenggara,” kata Pengerusi Yin Tong Yue.
Sejak awal ditubuhkan, pasaran eksport sentiasa menjadi keutamaan bagi Chery. Data terkini yang dikeluarkan pada bulan Oktober lalu menunjukkan bahawa jumlah eksport kumulatif Chery Omoda telah melebihi 130,000 unit. Kejayaan ini berjaya dicapai hasil prestasi cemerlang Omoda di pasaran tempatan dan pasaran serantau ASEAN.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


