Ini Segala Yang Kita Tahu Tentang Toyota Camry Generasi Seterusnya – Diperkenal 14 Nov Nanti

Toyota Camry generasi terkini (XV70) bakal diperbaharu di Amerika Syarikat tahun ini
Model Toyota Camry generasi terkini (XV70) dijangka menerima peningkatan generasi seterusnya tahun ini di Amerika Syarikat. Toyota USA bersedia untuk mendedahkan versi terbaru sedan ini pada 14 November ini. Sebelum pendedahan rasminya, Toyota telah mendedahkan beberapa butiran menarik.
-full.webp)
Foto acah terbaru Toyota Camry generasi seterusnya yang dikeluarkan oleh Toyota USA
Perkongsian foto model generasi akan datang itu telah dibuat melalui laman web rasmi Toyota USA, yang memperlihatkan bahagian belakang Camry baharu. Walaupun foto yang dikongsikan hanyalah pada satu sudut kecil kereta, sudut ini mendedahkan beberapa perkara penting.
Pertama, Camry baharu itu menggunakan logo HEV (kenderaan elektrik hibrid) dengan lambang bulatan biru di sisi, menunjukkan bahawa model generasi seterusnya ini akan menggunakan teknologi hibrid. Pada bahagian atas lambang itu pula terdapat tulisan AWD, yang menunjukkan bahawa model tersebut akan dikeluarkan sebagai sebuah model pacuan semua roda (AWD).
Sebelum ini, Camry belum pernah menggabungkan sistem hibrid dan AWD pada satu varian sama kerana sistem AWD hanya ditawarkan pada versi enjin pembakaran dalaman (ICE).
-full.webp)
Camry generasi seterusnya mungkin akan dikuasakan oleh sistem sistem hibrid AWD sama yang terdapat pada crossover Crown
Penggunaan sistem hibrid yang digabungkan dengan sistem AWD bukanlah perkara baru bagi Toyota kerana jenama tersebut telah menawarkan gabungan teknologi sama pada model crossover, Toyota Crown baharu. Model tersebut dikuasakan oleh sistem hibrid aspirasi natural 4 silinder 2.5 liter atau hibrid turbo 4 silinder 2.4 liter yang lebih berkuasa. Kedua-duanya digabungkan dengan sistem pacuan semua roda E-Four dan transmisi automatik eCVT. Namun, memandangkan Toyota masih belum mengesahkan perkara ini, nantikan 14 November untuk spesifasi lebih terperinci.
Selain itu, imej acah itu turut disertakan dengan kapsyen yang bertulis:
“Toyota Camry raises to new heights with no compromises.”
Ayat tersebut bermaksud model akan datang itu nanti akan melangkah ke tahap lebih tinggi tanpa kompromi. Beberapa media lain melaporkan bahawa ayat ini mungkin menunjukkan bahawa Camry baharu akan memiliki ketinggian pandu atau ride height seperti crossover, seperti pada crossover Toyota Crown.
-full.webp)
Camry generasi seterusnya akan menerima DRL LED berbentuk C yang sama seperti kebanyakan model baharu Toyota
Selain foto pada sudut belakang model baharu itu, sebelum ini foto acah lain pernah tersebar yang mendedahkan bahagian hadapan kereta. Walaupun imej tersebut ‘tersembunyi’ dalam bayangan hitam, kita dapat melihat lampu nyalaan siang DRL LED berbentuk C yang digunakan. Bentuk DRL seperti ini turut digunakan oleh Prius dan SUV Sport Crown.
Apa lagi yang berbeza dengan model yang bakal dilancarkan ini? Buat masa ini, hanya ini info yang dapat kami kongsikan. Kita perlu nantikan pendedahan rasmi yang bakal dibuat hanya dalam beberapa hari sahaja lagi iaitu 14 November ini.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3970
SELANGOR
BSU4696
JOHOR
JF9061J
PULAU PINANG
PSG5048
PERAK
APM3295
PAHANG
CFJ1491
KEDAH
KGJ4933
NEGERI SEMBILAN
NEM3173
KOTA KINABALU
SJU5950
KUCHING
QAB7659P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Toyota Naik 27 Peratus
UMW Toyota mengedarkan 6,366 Toyota dan 66 unit Lexus kepada pelanggannya pada bulan lalu.
09-03-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge