Lakaran BYD Sea Lion 07 Didedahkan Sebelum Kemunculan Sulungnya 17 Nov Ini
![]()
BYD akan melancarkan model SUV EV baharu di pameran automotif Auto Guangzhou 2023 yang akan datang
Tidak lama lagi, jenama automotif China, BYD, bakal mendedahkan crossover elektrik baharu di pameran automotif, Auto Guangzhou 2023 yang akan berlangsung pada akhir bulan ini. SUV elektrik yang akan dipertontonkan secara rasmi tersebut, BYD Sea Lion 07, bakal dipamerkan bersama-sama dengan hatchback Dolphin dan sedan fastback Seal.
Sebelum pendedahan rasminya pada 17 November ini, BYD telah berkongsi beberapa foto acah teaser yang menunjukkan lakaran Sea Lion 07. Berdasarkan foto tersebut, reka bentuk SUV ini kelihatan tidak jauh berbeza dengan model BYD terkini terutamanya sedan Seal dan kembarnya, SUV Seal U, lapor Car News China.
-full.webp)
Imej lakaran pertama menunjukkan bahagian hadapan Sea Lion 07, yang menyerupai wajah hadapan model sedan Seal.
-full.webp)
Lakaran kedua pula menunjukkan bentuk badan model tersebut dari sudut tepi. Sea Lion 07 telah direka dalam gaya badan crossover coupe sporty, ditonjolkan oleh kedudukan cermin belakang yang menyendeng dan garis bumbung yang menurun ke bawah pada sudut belakang. Melalui larakan sama, model ini dapat dilihat menggunakan rim yang besar.
-full.webp)
Sementara itu, lakaran yang ketiga dan terakhir yang dikongsikan mempamerkan bahagian belakang Sea Lion 07. Dari sudut ini, lampu belakang jenis melintang yang digunakan hampir menyerupai lampu pada Atto 3, namun kelihatan lebih halus. Elemen lain yang dapat dilihat jelas melalui lakaran ini ialah spoiler di hujung bumbung, bampar yang agresif serta komponen udara.

-full.webp)
Sedan BYD Seal (kiri) & SUV BYD Seal U (kanan)
Car News China turut mendedahkan bahawa pasukan reka bentuk Sea Lion 07 telah diketuai oleh bekas Ketua Reka Bentuk Audi dan Lamborghini, Wolfgang Egger, oleh itu, tidak hairan mengapa rekaan SUV ini hampir menyerupai Seal kerana beliau turut terlibat dalam proses reka bentuk model tersebut.


SUV BYD Atto 3 (kiri) & Crossover Coupe BYD Song L (kanan)
Selain imej lakaran ini, tidak banyak maklumat lain yang didedahkan mengenai Sea Lion 07, namun BYD sebelum ini pernah memaklumkan bahawa model akan datang di dalam siri Ocean keluaran syarikatnya bakal dibangunkan berdasarkan platform sama dengan model lain, iaitu e-Platform 3.0.
Seperti yang disebut di awal artikel, BYD Sea Lion 07 akan dipertontonkan buat pertama kalinya semasa pameran automotif Auto Guangzhou 2023 yang akan datang, bermula dari 17 November.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat