EV Galaxy E8 Capai Hampir 700KM! Ini Dia Perincian Sedan Aerodinamik Geely

Portfolio kenderaan elektrik (EV) Geely terus berkembang dengan pengenalan model Galaxy E8 yang terkini. Model ini diperkenalkan secara dalam talian sebelum pameran awam yang dijadualkan akan berlangsung di Auto Guangzhou 2023.
Galaxy E8 dibangunkan berdasarkan Platform Pengalaman Mampan (SEA) EV Geely sama seperti Lotus Emeya dan Polestar 4.



Galaxy E8 memiliki bentuk badan yang aerodinamik dengan pekali seret hanya pada 0.199 Cd
Dari segi saiz, Galaxy E8 berkepanjangan 5,010 MM dengan jarak antara roda 2,925 MM, lebar 1,920 MM, dan tinggi 1,465 MM. Reka bentuk elegan model ini bukan sekadar sedap dipandang mata, tetapi juga demi meningkatkan tahap aerodinamik kereta, sekaligus membolehkan kenderaan bergerak lebih jauh dengan satu cas penuh. Jika dibandingkan dengan Mercedes-Benz EQS yang memiliki nilai pekali seret 0.202 Cd, Galaxy E8 pula lebih rendah, 0.199 Cd.
Seperti kebanyakan EV moden lain, Galaxy E8 tidak mempunyai gril hadapan menjadikan gayanya lebih futuristik. Pada sudut sama terdapat lampu hadapan dan DRL yang seolah-olah ‘melihat’ dengan pandangan tajam.
Elemen aerodinamik terserlah dari bahagian sisi yang direka rata dengan pemegang pintu jenis terbenam. Yang menariknya, Geely berjaya mencapai tahap aerodinamik yang tinggi tanpa perlu ‘menghilangkan’ cermin sisi dengan penggunaan kamera.

Profil sisi Galaxy E8 yang tampil ringkas membantu meningkatkan aerodinamik kereta


Pencahayaan LED penuh digunakan pada bahagian hadapan dan belakang
Sama seperti bahagian hadapan, Galaxy E8, sudut ini turut diberikan sentuhan minimalis dengan satu-satunya bahagian yang menyerlah iaitu lampu belakang jenis LED dalam bentuk bar halus. Selain itu, sudut ini turut dilengkapi dengan elemen faux diffuser pada bahagian bampar bawah dalam kemasan hitam yang kontra dengan warna badan.
Bergerak masuk ke dalam kabin, Galaxy E8 dipadatkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti paparan 8K dengan resolusi tinggi bersaiz 45 inci yang merentasi hampir keseluruhan papan pemuka. Kelengkapan lain ialah stereng sporty yang rata di bahagian bawah, pencahayaan ambien serta bumbung suria panoramik.
Selain itu, konsol tengahnya diberikan sentuhan minimalis dengan hanya enam butang kawalan, satu kawalan jenis dial, pad pengecas tanpa wayar dan kotak simpanan.

Pada bahagian atas papan pemuka, terdapat skrin 8K bersaiz 45 inci




Ciri menarik lain yang terdapat pada E8 ialah cermin tanpa bingkai, pencahayaan ambien serta konsol tengah yang ringkas dengan pad pengecas tanpa wayar
Dari segi mekanikal, Geely menawarkan Galaxy E8 dengan dua pilihan kapasiti bateri lithium-ion fosfat (LFP) - 62 kWh dan 76 kWh. Varian asas menggunakan bateri berkapasiti lebih kecil dengan motor elektrik belakang tunggal berkuasa 272 HP, menjanjikan jarak EV maksimum sejauh 550 KM. Sementara itu, varian pertengahan pula menggunakan konfigurasi motor yang sama tetapi dengan bateri yang lebih besar meningkatkan jarak EV sekali cas hingga 665 KM.
Varian tertinggi menggunakan senibina elektrikal 800 Volt, membolehkan bateri 76 kWh menyalurkan tenaga kepada sistem dua motor, satu pada setiap gandar dengan ouput 224 HP (hadapan) dan 421 HP (belakang). Walaupun memiliki jumlah output yang lebih tinggi, jarak EV yang mampu dicapai tetap sama dengan varian pertengahan, 665 KM.

Bergantung kepada saiz bateri dan trenkuasa, Galaxy E8 boleh mencapai jarak perjalanan EV sehingga 665 KM
Apa pendapat anda tentang Geely Galaxy E8? Adakah anda berminat dengan model ini berbanding EQS, i7 atau e-tron GT? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah…
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQD2659
SELANGOR
BSK7543
JOHOR
JYM5802
PULAU PINANG
PRW4740
PERAK
APD2789
PAHANG
CFE4193
KEDAH
KGD3916
NEGERI SEMBILAN
NEH8501
KOTA KINABALU
SJP2395
KUCHING
QAB7254M
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Terkini
Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar
Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.
05-12-2025
Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya
Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.
01-12-2025
Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini
Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.
01-12-2025
Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!
Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.
01-12-2025
Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini
Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.
29-11-2025
Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor
Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.
26-11-2025
Ini Dia SUV Ruggged, Kia EV5 Weekender, Lasak, Macho Habis
Kia menayangkan kereta konsep terbaharunya, Kia EV5 Weekender pada pameran Auto Guangzhou 2025, China baru-baru ini.
25-11-2025
Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?
Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…
24-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat


