Maxus MIFA 9: Ada 2 Varian

Weststar Maxus melancarkan secara rasminya MPV EV pertamanya, Weststar Maxus MIFA 9 untuk pasaran tempatan.
Maxus MIFA 9 yang merupakan model yang diimport sepenuhnya dari China (CBU) hadir dalam dua varian.
Varian Luxury dijual pada harga RM269,888 manakala Premium ( RM289,888).
Kedua-duanya varian ini ditawarkan dalam enam pilihan cat di bahagian luaran dan turut berkongsi beberapa ciri-ciri lain namun ia cuma berbeza sedikit.


Apa yang cukup menarik ialah 100 pemilik pertama Weststar Maxus MIFA 9 bakal menerima Pengecas AC 22kWj secara percuma.
Dari segi saiz, Maxus MIFA 9 sepanjang 5,270mm, selebar 2,000mm dan setinggi 1,840mm (tinggi) manakala jarak roda pula 3,200mm.
MPV tujuh tempat duduk ini hadir dengan susunan kerusi 2-2-3 manakala barisan kedua menawarkan kerusi jenis kapten.
Kerusi MPV ini hadir dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan, urutan dan fungsi Ottoman.


Antara kelengkapan lain ialah pintu gelangsar dan pintu belakang jenis berkuasa.
Beralih ke trenkuasanya pula, kedua-dua varian Maxus MIFA 9 ini disumbat dengan motor elektrik yang dipasang di hadapan.
Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 241hp dan 350Nm tork dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 9.2 saat.
Menerusi bateri litium-ion ternary berkapasiti 90kWj, ia boleh bergerak sejauh 540km berdasarkan piawaian NEDC.


Mengenai pengecasan pula, baterinya boleh dicas dengan penuh dalam masa 8.5 jam dengan input AC maksimum 11kW, atau dicas daripada 30-80 peratus dalam masa 36 minit dengan pengecas pantas DC 120 kW.
Seperti yang dikatakan tadi, kedua-dua varian terbabit ada sedikit perbezaan.
Misalnya, varian Luxury seberat 2,410 kilogram dan Premium (2,535 kg).

Sebaliknya, kedua-dua varian ini berkongsi banyak ciri biasa seperti tempat duduk baris kedua yang mewah serta pintu gelangsar berkuasa dan pintu belakang berkuasa.
Antara ciri yang sama ialah lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang LED, bumbung panoramik, pencahayaan ambien 64 warna, rim aloi 19 inci, sistem kemasukan tanpa kunci serta kawalan iklim berautomatik.
Perincian lain termasuklah brek parkir elektronik dengan fungsi auto hold, skrin digital 7-inci, sistem infotainmen skrin sentuh 12.3-inci dengan sokongan Android Auto/Apple CarPlay dan pengecas telefon tanpa wayar.
Varian Luxury didatangkan dengan upholsteri fabrik manakala Premium pula upholsteri kulit dan Premium juga ditambahkan dengan meja boleh lipat di barisan kedua serta terdapat panel kawalan sentuh, kerusi hadapan ada fungsi pemanasan dan pengudaraan.


Dari segi ciri-ciri keselamatan pula, kedua-dua varian ini berkongsi ciri keselamatan yang sama seperti beg udara hadapan, sisi, tirai. Sistem Brek Anti Kunci, Bantuan Brek, kamera parkir 360 darjah, sensor parkir depan, belakang dan sistem pemantau tekanan tayar.
Tidak ketinggalan, sistem ADAS yang terdiri daripada kawalan pelayaran adaptif, , brek kecemasan autonomi depan dan belakang, bantuan pertukaran lorong, amaran keluar lorong, bantuan kekal lorong, pemantauan pemandu dan amaran perlanggaran belakang.
Apa pula pandangan anda mengenai Maxus MIFA 9?
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ2107
SELANGOR
BST7079
JOHOR
JE2920J
PULAU PINANG
PSF5607
PERAK
APL4765
PAHANG
CFH7389
KEDAH
KGJ1239
NEGERI SEMBILAN
NEL8479
KOTA KINABALU
SJU1336
KUCHING
QAB5649P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat