Pencuri Kereta Honda Dari Kedai Cuci Kereta Telah Digari!
![]()
Pihak polis akhirnya berjaya memberkas lelaki yang didakwa telah membawa lari sebuah kereta jenis Honda City Hatchback daripada sebuah kedai cuci kereta.
Sebelum ini, viral video yang menunjukkan bagaimana sebuah kereta dilarikan selepas seorang lelaki yang tidak dikenali menerima kunci daripada pemilik kereta itu sendiri.

Suspek memasuki kereta
Suspek sempat bersalam dengan pekerja kedai cuci (kiri) sebelum melarikan kereta (kanan)
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berdasarkan laporan pemilik kereta yang dibuat pada jam 9.30 malam, Isnin lalu, dia telah menyerahkan kunci itu kepada suspek yang disangka salah seorang pekerja di kedai cucian kereta tersebut.
"Bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat ke atas suspek iaitu seorang lelaki tempatan yang berusia 26 tahun.

Kelibat suspek yang dilihat berlegar di hadapan kedai cuci kereta melalui CCTV lain
"Hasil semakan, suspek yang tidak bekerja turut mempunyai dua rekod lampau dadah. Hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan.
Video kejadian:
Kenderaan tersebut telah dirampas semula dan ditemui di Seksyen 7, Shah Alam.
Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun jika disabitkan kesalahan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok, Facebook dan Instagram untuk berita automotif terkini setiap hari.
Sumber: Facebook Shah Affendi, HMetro
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda City Hatchback RS e:HEV RM107K? Berbaloi Ke Beli?
Honda mengumumkan secara rasmi harga varian RS e:HEV.
16-02-2022
Honda City Hatchback Dilancar: Harga Bermula RM75,670
Honda Malaysia secara rasminya melancarkan model itu ke pasaran Malaysia semalam.
07-12-2021
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
