Pusat 3S Canggih, Bernilai 30 Juta

Kumpulan automotif premium pelbagai jenama, SISMA Auto, baru sahaja membuka pusat 3S Volvo di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Bangunan empat tingkat seluas 55,000 kaki persegi yang menelan belanja RM30 juta merupakan bangunan canggih kerana ia menawarkan Pengalaman Runcit Mampan Volvo (Volvo Retail Sustainable Experience) dimana ia menawarkan pelbagai inisiatif mampan.

Antaranya seperti penuaian air hujan, penggunaan tenaga suria, reka bentuk muka bangunan bertebat cekap tenaga, pencahayaan dan pengudaraan cekap tenaga, dan memaksimumkan elemen hijau di tapak tersebut.
Bukan itu sahaja, Volvo SISMA Auto Sungai Besi ini juga menempatkan bilik pameran Volvo terbesar di Malaysia yang mampu memuatkan sehingga 16 buah kereta baharu dan kereta terpakai SELEKT.

Untuk itu, para pengunjung dapat menikmati pengalaman runcit premium di ruang menunggu ala Scandinavia yang menampilkan gaya yang kemas dan ringkas yang mencerminkan minimalisme dan kefungsian namun tetap menonjolkan keindahan.
Pusat servis Volvo SISMA Auto Sungai Besi ini juga serba lengkap dengan peralatan diagnostik Volvo berkomputer terkini, pelbagai peralatan khas Volvo serta kelengkapan penjajaran dan pengimbangan roda.
Dengan pasukan yang dilatih khusus dan diiktiraf oleh Volvo, pusat ini sedia menangani segala keperluan servis bagi semua model Volvo, sama ada model enjin pembakaran, hibrid atau kenderaan elektrik.
Ia juga dilengkapkan dengan pengecas DC kapasiti tinggi 120kW untuk kegunaan umum.

Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan yang disediakan oleh Volvo SISMA Auto Concierge Service, yang menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan dari rumah atau pejabat.
Lokasi baharu Volvo SISMA Auto Sungai Besi yang strategik di Lebuhraya Sungai Besi memberikan akses yang mudah kepada pelanggan dan membolehkan pusat ini menyediakan perkhidmatan kepada sebilangan besar pemilik dan bakal pemilik Volvo di serata Lembah Klang.

Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto Syed Khalil Syed Ibrahim berkata, pusat tersebut memperlihatkan pengembangan perniagaan Volvo syarikat tersebut dan membuktikan keyakinannya terhadap masa depan jenama Volvo di Malaysia.
“Lokasi asal kami di Glenmarie sudah tidak mampu menampung pertumbuhan perniagaan Volvo yang kami mulakan lebih kurang enam tahun yang lalu. Pusat yang lebih besar dan lebih baik ini dibangunkan memandangkan jumlah pelanggan kami yang kian meningkat.
“Ia juga berfungsi sebagai penambahan kepada lokasi jualan sedia ada kami di Bukit Bintang, yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
“Penggunaan kenderaan elektrik kini semakin meluas di Malaysia dan kami melihat adanya peluang pertumbuhan yang pesat memandangkan Volvo merupakan perintis di kalangan pengeluar kenderaan terkemuka yang mempunyai aspirasi yang agresif ke arah masa depan yang mampan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia Sdn Bhd (VCM) Charles Frump turut menghargai usaha SISMA Auto membuat pelaburan untuk mengembangkan jenama Volvo di negara ini.
“Kami teruja kerana mempunyai rakan niaga tempatan yang komited yang sedia bekerjasama untuk menaikkan jenama ini dan bersama mengorak langkah ke arah pengelektrikan. Kami berazam menawarkan kebebasan pergerakan yang mampan dan selamat kepada pengguna.

Pelaburan besar yang dibuat oleh SISMA Auto pastinya akan menyumbang kepada peningkatan yang nyata dari segi rangkaian kami serta pengalaman pemilikan Volvo,” katanya..
Pusat Volvo Sisma Auto Sungai Besi yang baharu ini terletak di Wisma Sisma di 855, Lebuhraya Sungai Besi, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur.
Pusat ini beroperasi dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat, dan dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sisma Auta Lancar Pembukaan Pusat 3S Denza Glenmarie
Pengedar jenama automotif premium terkemuka, Sisma Auto, baru-baru ini membuka Pusat 3S (khidmat jualan, servis, alat ganti) Denza di Glenmarie, Shah Alam.
25-06-2025
SISMA Auto Buka Pusat 3S BYD Terbesar di Glenmarie, Shah Alam
SISMA Auto hari ini telah melancarkan pembukaan Pusat 3S BYD yang terbesar di Glenmarie, Shah Alam.
01-06-2023
Sime Darby Auto Connexion Merangkul Anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards!
Jaguar Land Rover Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards 2020/21.
11-06-2021
Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000
Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:
02-03-2026
Volvo EX60 Diperkenalkan – Varian Paling Berkuasa Capai Jarak EV Tertinggi? 810 KM!
Volvo tidak berseloroh apabila menggelar EX60 sebagai "pencetus revolusi" atau game-changer. Di sebalik rupa parasnya, EX60 adalah model pertama yang menggunakan platform SPA3 serba baharu.
23-01-2026
Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!
Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
13-01-2026
Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih
Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026
24-09-2025
Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...
Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.
07-07-2025
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
