Acara Pecah Tanah Hab Flagship Pengecas EV Di Jalan Kuching

Pengedar rasmi kenderaan berjenama BMW, Millenium Welt dan pembekal penyelesaian tenaga bersih, Gentari Malaysia bakal membuka hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang pertama di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
.Naib Presiden Kanan Rantau Niaga di Asia Pasifik, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika, Jean-Phillipe Parain menyifatkan stesen pengecasan EV itu akan menjadi salah satu konsep yang terulung bagi kenderaan elektrik di Asia Tenggara.
“Berdasarkan konsep kedai pengecasan EV, kemudahan ini membolehkan pengecasan beberapa kenderaan pada satu masa dengan kedai khas yang mewakili jenama-jenama dari BMW Group.
Kemudahan ini mencerminkan penampilan dan perkhidmatan Retail Next serta dibangunkan untuk melengkapi keupayaan mobiliti masa depan termasuk produk dan tawaran baru kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai tarikh hab pengecasan dijangka siap tidak didedahkan dengan terperinci.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Stesen Pengecasan EV di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Turut hadir ialah Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Hans de Visser, Pengarah Urusan Millenium Welt Group, Bryan Wong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari &Ketua Pegawai Eksekutif Green Mobility Sdn.Bhd, Shah Yang Razalli.
Difahamkan, fasiliti itu akan dilengkapi dengan sebuah ruang pameran yang serba ekstensif dimana ia mampu memuatkan 66 buah kenderaan elektrik .
Selain itu, terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti bilik pameran BMW Premium Selection dan Perniagaan Pembaharuan Insurans.


Dengan adanya kesemua fasiliti, ia menawarkan pelanggan sebuah pengalaman mobiliti elektrik yang komprehensif bertaraf premium.
Malah, ia akan dilengkapi dengan enam unit Pengecas DC 240kW serta dua unit Pengecas AC 22kW, dengan 14 ruang parkir.
Difahamkan, ruang persinggahan itu akan dikuasakan dengan panel solar untuk melihat pendekatan holistik terhadap kemewahan tenaga lestari.

Pendek kata, setelah hab ini siap sepenuhnya nanti, ia bakal menjadi sebuah destinasi yang menarik buat para pengguna di Asia Tenggara.
Ini akan menambahkan lagi rangkaian penyedia EV premium terkemuka di Malaysia dengan lebih daripada 1,700 kemudahan pengecasan BMW i dan MINI di seluruh negara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3510
SELANGOR
BSV684
JOHOR
JH3625J
PULAU PINANG
PSH3848
PERAK
APM9172
PAHANG
CFJ4001
KEDAH
KGJ8021
NEGERI SEMBILAN
NEM5771
KOTA KINABALU
SJV1671
KUCHING
QAB136Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW iX XDrive50 Sport 2023, 523hp, 765 Nm, Harga Lebih RM500K
Sebaik melangkah masuk tahun 2023, BMW Malaysia mengumumkan ketibaan BMW iX xDrive50 Sport ke pasaran tempatan baru-baru ini.
03-01-2023
BMW Malaysia Anjur Acara Kemampanan & Kenderaan Masa Depan
BMW Malaysia anjur acara kemampanan & kenderaan masa depan.
16-01-2022
Industri Automotif Bantu Mangsa Banjir
Industri automotif tidak melepaskan peluang dengan menawarkan pelbagai diskaun untuk meringankan beban para pelanggannya yang terjejas akibat banjir.
22-12-2021
Program Itu Diadakan Bersama Ape Malaysia
Sebanyak 735 pokok ditanam di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan, Sabah.
15-12-2021
Kereta Polis Jenis BMW M3 Competition Tular di Facebook!
Gambar kereta polis BMW M3 Competition jadi perbualan netizen.
07-10-2021
Gentari, Lazada Meterai Gadai Janji EV
Gentari menyerahkan 25 motosikal elektrik untuk pihak Lazada selepas kedua-dua pihak memeterai gadai janji kenderaan elektrik sebagai perkhidmatan kenderaan (Vaas).
30-05-2024
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
