Akhirnya! Dah Ada Pengecas DCFC Di Perlis – Ini Caj Dikenakan Setiap kWh
-full_normal.webp)
Pengecas DCFC kini disediakan di Starbucks Kangar Jaya
Negeri Perlis kini memiliki stesen pengecas pantas DC (DCFC) yang bertempat di Starbucks Kangar Jaya yang disediakan hasil kerjasama antara syarikat kopi ini dan ChargEV yang dimiliki oleh Yinson Group.
Kolaborasi antara Starbucks dan ChargeEV bermula pada Oktober 2022 dengan pelancaran stesen pengecas pertama mereka di Starbucks Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.
-full_normal.webp)
Walaupun aplikasi memaparkan info "Coming Soon," sumber kami mendedahkan ia telah pun mula beroperasi sepenuhnya
Sejak itu, ChargeEV telah menyediakan sejumlah pengecas EV di 31 cawangan Starbucks di seluruh negara dengan perancangan untuk menyediakan lebih banyak stesen pada masa akan datang. Kerjasama ini selaras dengan komitmen rangkaian kopi terkenal ini untuk mengurangkan jejak karbon sehingga 50% menjelang tahun 2030. Bagi mencapai matlamat ini, Starbucks berusaha untuk menyediakan stesen pengecas EV di cawangan pandu lalu dalam jarak 150 KM antara satu sama lain.
Buat masa ini, pengecas DCFC lain yang terletak paling dekat dengan negeri Perlis hanyalah di satu lokasi, iaitu Alor Setar, Kedah, yang kira-kira 50 KM dari lokasi tersebut. Sementara itu, Starbucks terdekat dengan fasiliti DCFC pula adalah di Starbucks Amanjaya, Sungai Petani, Kedah, dalam jarak kira-kira 112 KM.
-full.webp)
Pengecas di Starbucks Kangar Jaya boleh menyalurkan kuasa maksimum 60 kW
Starbucks Kangar Jaya yang terletak di laluan Jalan Kangar-Alor Setar ini menyediakan unit pengecas DC berkuasa 60 kW dengan dua ruang pengecasan EV (EVCB). Caj yang dikenakan untuk pengecasan di fasiliti ini sama seperti pengecas ChargEV lain iaitu RM1.20/kWh.
Menurut aplikasi ChargEV, DCFC baharu ini mampu menyalurkan kuasa maksimum 60 kW bagi setiap nozel pengecasan jika hanya satu EV yang menggunakan pengecas. Output ini dikurangkan kepada separuh jika kedua-dua nozel digunakan. Kelajuan pengisian bergantung kepada keupayaan input DC kenderaan.
Walaupun aplikasi ChargEV menunjukkan status "Akan Datang", menurut sumber kami, pengecas ini sudah mula beroperasi.
Sumber foto: PLUGSHARE
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge