Laju Syarikat China Buat Kereta

Di sebalik kegilaan crossover SUV di seluruh dunia, nampaknya kereta saloon semakin berkembang maju dalam pasaran automotif China, memandangkan negara Tembok Besar itu mengalu-alukan kedatangan satu lagi kereta saloon EV yang cukup menawan, Jiyue 07.
Sedikit tentang Jiyue, ia ditubuhkan pada tahun 2021 sebagai Jidu Auto.
Jiyue sebahagian besarnya dimiliki oleh Geely, yang pada masa ini memegang kira-kira 65% pegangan, manakala baki pegangan semuanya dimiliki oleh Baidu.


Jadi, sebahagian besar pengeluaran dan pemasangan Jiyue dikendalikan oleh Geely , manakala gergasi teknologi itu bertanggungjawab ke atas perisian ketersambungan dan persediaan ADAS kereta itu.
Berbalik kepada Jiyue 07, saloon EV ini merupakan model kedua yang pernah dilancarkan oleh jenama baharu itu, berikutan penampilan pertama SUV Jiyue 01 pada awal tahun ini.

Berdasarkan konsep Jidu Robo-02, 07 menyokong platform SEA dimana ia juga dikongsi oleh Zeekr, smart dan Volvo.
Menjengah bahagian luarannya, Jiyue 07 mempunyai muka depan yang cukup menawan selain menampilkan lengkungan roda berotot, garis bumbung yang sporty dan tali pinggang yang rendah.
Sementara itu, lampu depannya jenis LED hadir dengan reka bentuk berbentuk Y ala Polestar dan direntangi dengan bar lampu nipis.


Dari sisi, pintu berkuasa Jiyue 07 boleh dibuka melalui butang tersembunyi pada tiang B dan C dan bukannya pemegang pintu konvensional.
Selain itu, ia didatangkan dengan bumbung kaca panoramik yang ramping dengan roda lima bilah .
Dengan reka bentuk yang sporty maka, tidak hairanlah Jiyue 07 berjaya memenangi kedua-dua Anugerah iF Design Award 2023 dan 2023 Red Dot Design Award.
Difahamkan, ia tiba dalam dua varian dimana model asas Jiyue 07 mendapat persediaan motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan kuasa pada 200 kW (268 hp), serta disumbat dengan pek bateri LFP 71.4-kWj.
Sementara itu, model AWD yang berspesifikasi tinggi mempunyai jumlah keluaran sistem yang lebih bertenaga sebanyak 400 kW (536 hp) dan menerima bateri NMC 100-kWj yang lebih besar.
Malangnya, pihak syarikat masih belum mendedahkan kedua-dua angka prestasi dan jarak tempuh untuk Jiyue 07.

Apa yang diketahui setakat ini ialah ia akan tiba pada pertengahan tahun depan dan Jiyue 07 ini dikatakan mampu menewaskan dsalun EV bersaiz sederhana seperti Xiaomi SU7, Tesla Model 3 dan banyak lagi.
Buat masa ini, Geely dan Baidu masih belum mendedahkan harganya lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group
Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.
16-02-2025
Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?
Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.
19-01-2025
DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim
DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.
17-12-2024
PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K
Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.
16-12-2024
Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?
"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa," wakil Geely.
07-11-2024
36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China
Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.
01-10-2024
Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?
Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..
27-09-2024
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
