ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Gentari Rancang Kerjasama Dengan Mercedes-Benz Malaysia – Sedia Pengecas DC, Pelan Langganan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_Launch_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-1-3.jpg


Gentari Green Mobility, yang kini mengendalikan 79 pengecas DC di sembilan negeri termasuk Wilayah Persekutuan kini sedang aktif memperluaskan rangkaiannya di serata Asia Pasifik


Penyedia penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd (Gentari), merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melalui anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, dengan tujuan mempercepat peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) di negara ini. 


Melalui kolaborasi ini, kedua-dua syarikat akan bekerjasama meneroka potensi pembangunan infrastruktur pengecasan EV dan perkhidmatan tambahan seperti pelan langganan pengecasan yang dirangka khas, yang akan meningkatkan pengalaman pemilik EV Mercedes-Benz.


Gentari Green Mobility, yang kini mengendalikan 79 pengecas DC di sembilan negeri, sedang memperluaskan rangkaiannya di Asia Pasifik. Dalam usaha ini,  Gentari juga akan bekerjasama dengan EV Connection Sdn Bhd (EVC) dalam operasi pemasangan titik pengecasan di lokasi-lokasi strategik terpilih di seluruh Malaysia.


CariCarz_File_Gentari_DC-charger_Bangi_Dec22_.jpgweb_CariCarz_Gallery_IEMS-2023_-18.jpg


Pengecas EV yang disediakan Gentari


Timbalan Ketua Eksekutif Gentari & Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility Sdn Bhd, Shah Yang Razalli, berkata, "Gentari berbesar hati untuk memperluaskan hubungan dengan rakan memiliki matlamat yang sama seperti Mercedes-Benz Malaysia. Kami faham bahawa memberikan keyakinan perjalanan jarak jauh adalah penting untuk pemandu EV. Oleh itu, sebagai pengendali rangkaian DC terbesar di negara ini, Gentari komited untuk terus membina pengecas bertenaga tinggi dan menubuhkan jaringan di seluruh negeri Malaysia, ini secara tidak langsung akan  menyumbang kepada peningkatan penerimaan EV dan peralihan kepada mobiliti elektrik."


web_CariCarz_Launch_Mercedes-Benz-EQE-500-4Matic-SUV_-4.jpg


Model elektrik yang baru dilancarkan, Mercedes-Benz EQE 500 4Matic SUV, ditawarkan pada harga bermula dari RM485,888


Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Mercedes-Benz Cars Malaysia, Amanda Zhang, menyatakan bahawa pihaknya gembira untuk meneruskan kerjasama dengan Gentari bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia. Tambah beliau, kerjasama ini merupakan langkah penting ke arah mobiliti lestari di Malaysia, selaras dengan visi Electric Only syarikat. 


Pengarah Urusan EV Connection Sdn Bhd (EVC), Ir Lee Yuen How,  turut berkongsi pandangan positif terhadap kolaborasi ini. Menurutnya, peralihan kepada EV memerlukan usaha bersama dari pihak berkepentingan, dan kerjasama ini menunjukkan komitmen Mercedes-Benz Malaysia dan Gentari untuk membawa negara ke arah masa depan yang bersih dan mampan.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-07-2022
Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

03-02-2026
Kereta Baru

14-01-2026

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.