WOW! Kabin L380 Serupa Dengan AIRBUS A380? Tak Sia-Sia Beli

Jenama automotif British London Electric Vehicle Company (LEVC) yang berada di bawah Geely memperkenalkan sebuah minivan yang cukup futuristik di pasaran China, baru-baru ini.
Ia yang dikenali sebagai L380 adalah merujuk kepada saiz yang besar yang dikatakan hampir serupa dengan Airbus A380.
Dikhabarkan, L380 dibangunkan di fasiliti LEVC yang terletak di Zhejiang, China dimana LEVC TX turut dipasang di fasiliti yang sama.

MPV besar ini menawarkan pilihan konfigurasi enam atau lapan tempat duduk dengan susun atur tempat duduk 2+2+2+2.
Ia yang seberat 2,805 kilogram memiliki ukuran panjang 5,316 mm, setinggi 1,998, selebar 1,940 mm dengan jarak roda 3,185 mm.
Mengenai trenkuasanya pula, L380 dibekalkan dengan motor elektrik tunggal oleh Viridi E-Mobility Technology dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 268 hp.
Sementara itu, had kelajuannya adalah sekitar 170 km/j.

Menyentuh mengenai baterinya pula, ia ddikatakan merupakan unit ternary NMC yang dihasilkan oleh syarikat kerjasama CATL dan Geely.
Sebaliknya, kapasiti pek bateri jentera ini masih belum didedahkan secara terperinci.
Malah, L380 dikatakan akan menggunakan platform SOA (Seni Bina Berorientasikan Angkasa) LEVC yang sudah diperkenalkan pada Mei lalu.

Ia juga menggunakan platform SEA Geely yang diubah sedikit khusus untuk kenderaan komersial elektrik.
Sebelum ini, ia diberi nama kod XE08 namun masih, tidak jelas sama ada LEVC L380 akan dikeluarkan secara eksklusif untuk pasaran Britain atau tidak.
Semuanya masih belum terjawab!
Selain itu, ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa ia akan didatangkan dengan versi pemanduan kiri (LHD) dan pemanduan kanan (RHD) dimana LHD untuk UK manakala RHD untuk pasaran China.
Apapun, kita tunggu pengumuman pihak syarikat dalam tempoh terdekat ini.
Apa yang pasti, sekiranya LEVC L380 diperkenalkan sebagai produk global, ia akan bersaing dengan model lain seperti Volvo EM90, Xpeng X9 dan Maxus Mifa 9.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

