ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda CR-V: Ada 3 Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda Malaysia (atau syarikat) hari ini secara rasmi melancarkan SUV terbaharunya, CR-V generasi keenamnya, sebentar tadi.

Honda CR-V 2024 ini didatangkan dalam empat varian iaitu varian S, E V dan e:HEV RS namun butiran e: HEV RS hanya akan diumumkan pada tahun hadapan nanti.

HARGA

Varian S = RM159,900

Varian E = RM169,900

Varian V = RM181,900

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, sempena meraikan 20 tahun pengeluaran CR-V di pasaran tempatan, pihaknya menawarkan edisi terhad CR-V varian S .

“Edisi terhad ini hanya terhad kepad 750 unit  dan ia ditawarkan pada harga  RM157,900.

“Menerusi pakej komprehensif SUV dalam CR-V Serba Baharu menyumbang kepada peningkatan popularitinya, apabila lebih 2,000 tempahan diterima sejak tempahan dibuka pada bulan lepas,” katanya.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum; dan Ketua Projek Utama CR-V Serba Baharu, Eisuke Sato.

image.pngimage.png

Untuk makluman anda, varian S, E dan V,  didatangkan dengan enjin berprestasi tinggi 1.5L VTEC Turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 193PS dan tork.

Remote-Engine-Start.jpg

Apa yang cukup menarik ialah ia dipadankan dengan  sistem CVT yang canggih, dimana enjinnya menyediakan prestasi berkuasa sambil mengoptimumkan respons pecutan, penjimatan minyak dan senyap.

image.pngimage.png

Sementara itu, arian V didatangkan secara eksklusif dengan Real Time AWD yang mana pembahagian kuasa antara pemanduan depan dan belakang bagi menawarkan pemanduan yang stabil.

Malah, buat  julung kalinya bagi Honda Malaysia, model ini dipadankan dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan Elektrik (e:CVT) dalam kerangka baharu, bagi menyediakan prestasi enjin cemerlang, penjimatan bahan api dan kesesuaian kuasa tinggi.

2.0L-eHEV-Powertrain.jpg

Menjengah bahagian luarannya, gril depannya hadir denan  corak Mesh tebal, lampu LED di bahagian depan dan belakang, Lampu Isyarat LED, Kemasan Krom di belakang ekzos dan Lampu Belok Aktif.

Bagi ,e:HEV RS pula, ia dilengkapi dengan Gril Penutup Aktif, ciri automatik pada Bampar Depan Bawah (Front Lower Bumper) yang menambah baik aerodinamik dan penjimatan bahan api CR-V Serba Baharu.

image.png

Selain itu, kapasiti ruang but kini sebesar 589 liter namun sekiranya  kerusi belakang direbahkan ruangnya bertambah kepada  1,072 liter.

Boot-Space.jpg

Menjengah bahagian dalamannya, reka bentuk kemas dan horizontal bagi bahagian dalam CR-V Serba Baharu itu dilihat mempunyai gabungan gaya classy dan kontemporari, dan pada masa yang sama, ia menawarkan keselesaan dan kabin yang lebih luas.

Difahamkan, dalam varian E dan ke atas, terdapat port USB-C tambahan di depan, Paparan Audio 9-inci bersama Apple CarPlay dan Android Auto dan Pengecas Tanpa Wayar.Sebagai tambahan, varian V dan e:HEV RS menawarkan Lampu Kabin Ambient Berwarna.

image.pngimage.png

Buat pertama kali untuk Honda Malaysia, model ini dilengkapi dengan lapan beg udara termasuk dua beg udara di bahagian lutut.

Bagi pengalaman pemanduan yang lebih optimum, varian e:HEV RS dilengkapi ciri-ciri eksklusif, termasuk Meter TFT 10.2 inci.

Dashboard.jpg

 Ia juga hadir dengan Sistem Audio Premium 12- pembesar suara dari Bose menjadikan CR-V Serba Baharu model pertama dalam barisan kenderaan buatan tempatan Honda yang dilengkapi dengan ciri baharu ini. 

image.pngimage.png

Ciri lain dalam varian e:HEV RS ialah paparan info Head Up Display (HUD) yang menunjukkan maklumat-maklumat pemanduan penting seperti kelajuan dan sistem bantuan pemandu (ADAS). Varian ini juga didatangkan dengan Kad Kunci Pintar untuk kemudahan tambahan.

Tidak ketingalan Honda CONNECT juga hadir sebagai ciri standard untuk semua varian.

image.png

Bagi mengekalkan keunggulannya dalam menyediakan rangkaian komprehensif teknologi keselamatan, CR-V Serba Baharu didatangkan dengan sistem Honda SENSING yang dinaik taraf dengan Wide-Angle Radar, Kamera dan Sensor Sonar. 

Fungsi keselamatan dalam teknologi bantuan pemandu ini dipertingkatkan lagi dengan kemasukan Lampu memandu Adaptif * (Adaptive Driving Beam), menjadikan jumlah keseluruhan fungsi keselamatan kepada sembilan. 

Ciri keselamatan penting lain dalam model termasuk Honda LaneWatch  dan Sistem Kamera Pelbagai Sudut (Kamera 360).

Sehubungan itu, pelanggan boleh memilih CR-V Serba Baharu yang didatangkan dalam lima warna. 

image.png

Buat pertama kalinya, Honda Malaysia memperkenalkan Biru (Canyon River Blue), menyertai barisan warna Putih (Platinum White Pearl), Perak (Lunar Silver Metallic), Kelabu (Meteoroid Gray Metallic) dan Merah (Ignite Red Metallic).

Untuk maklumat lanjut atau pandu uji CR-V Serba Baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 101 pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS7644

SELANGOR

BSU2342

JOHOR

JF2759J

PULAU PINANG

PSG1461

PERAK

APL9202

PAHANG

CFH9258

KEDAH

KGJ3510

NEGERI SEMBILAN

NEM1845

KOTA KINABALU

SJU4283

KUCHING

QAB7095P

Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-07-2026
Kereta Baru

11-06-2026
Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.