Ini Dia Model Honda Yang Sertai TAS 2024

Sempena ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) yang akan berlangsung pada bulan hadapan nampaknya pameran itu menjanjikan penampilan beberapa model konsep.
Selain Nissan, Honda turut mengambil bahagian dalam pameran ini, dimana pengeluar kereta Jepun itu ada mendedahkan barisan produknya untuk pameran berkenaan.
Bermula dengan model crossover SUV dalam senarai, WR-V Field Explorer Concept adalah berdasarkan Honda WR-V spesifikasi Jepun.

Tidak seperti model WR-V generasi kedua yang kami dapat di sini, dimana ia dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN.
Sebaliknya, Honda WR-V di Jepun sebenarnya merupakan hasil transformasi dari Honda Elevate India.
Honda Elevate India dibangunkan khusus untuk pasaran India.

Kembali kepada model konsep, WR-V Field Explorer ini mempunyai beberapa peralatan lasak dan sesuai untuk perjalanan off-road kerana disarungkan dengan tayar off-road, skirt sisi, serta ada rak bumbung.
Selain itu, perubahan kosmetik lain ialah lampu depan dan lampu belakang berwarna gelap, reka bentuk gril hadapan baharu dengan tulisan Honda dan tiga lampu penanda LED berwarna kuning, lampu kabus kuning dan beberapa aksen hitam yang menggantikan kemasan aluminium dan krom standard.
Dari segi rangkaian kuasa, konsep WR-V ini masih menggunakan enjin 1.5 liter dimana ia mampu menghasilakan kuasa 119 hp.
Kuasanya dihantar ke roda hadapannya (FWD) melalui kotak gear CVT, namun tiada tetapan AWD untuk kereta konsep off-road ini.
Selain model konsep WR-V, Honda turut mempamerkan beberapa model termasuk Honda Civic Type R Mugen FL5 yang diubah suai.

Jentera ini ada ditayangkan pada pameran TAS tahun lepas namun hot hatch ini ditala dengan lebih agresif. Ia terdiri daripada hud gentian karbon termasuk ada pembahagi hadapan dan spoiler belakang gentian karbon yang lebih besar.


Dari segi mekanikal, Mugen FL5 Type R memaparkan tetapan suspensi yang diubah suai, selain ditambah dengan brek Brembo yang lebih kuat manakala angkupnya tersembunyi di bawah roda aloi.
Honda, bagaimanapun, tidak menyebut sebarang penambahbaikan pada enjin pada 2.0 liternya.
Jadi, kita boleh mengandaikan ia masih menghasilkan kuasa 325 hp sama seperti model standard, FL5 Type R yang berversi Jepun.
Selain WR-V dan Mugen Civic Type R, Honda turut mengetengahkan beberapa model kereta lumba untuk menyerlahkan penglibatan sukan permotorannya sepanjang tahun.

Antara kereta lumba yang disertakan ialah Honda Civic Type R-GT daripada Siri Super GT Jepun, Civic Konsep CNF-R Type R yang menggunakan bahan api neutral karbon (CNF), serta kereta Formula Satu Red Bull RB19, yang menyapu bersih keseluruhan musim Formula Satu 2023, dengan memenangi kedua-dua Kejohanan World Drivers’ Championship (WDC) dan World Constructors' Championship (WCC).
Apapun, TAS 2024 akan berlangsung bermula dari 12 hingga 14 Januari 2024 di Makuhari Messe di Chiba, Jepun.
Sehubungan itu, kita boleh mengharapkan lebih banyak model daripada Honda dan beberapa pembuat kereta Jepun yang lain mempamerkan model mereka sejurus pelancaran TAS 2024 nanti.
Jadi, teruskan bersama CariCarz.com.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5617
SELANGOR
BSU153
JOHOR
JE7720J
PULAU PINANG
PSF8374
PERAK
APL7186
PAHANG
CFH8390
KEDAH
KGJ2580
NEGERI SEMBILAN
NEM748
KOTA KINABALU
SJU2793
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 28 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat