Jangan Risau Kalau Nak Beli EV, Ini Sebabnya

Menerusi kerjasama dengan syarikat dari Singapura, Power Up Tech (P.Up), Nazamax kini sudah bersedia untuk melancarkan pengecas kenderaan elektrik (EV) mudah alih berjenama Power Up menjelang suku pertama tahun depan.
Apa yang cukup menarik ialah perkhidmatan pengecasan bergerak, Power Up mampu membantu pemilik kenderaan mengecas EV yang tersadai di tepi jalan gara-gara kehabisan bateri.


Buat permulaan, NAZAMAX menyasarkan untuk menggunakan sembilan van pengecas dan akan menambahkan bilangan kenderaan itu antara 60-75 unit menjelang akhir tahun nanti.
Bagaimanapun, struktur harga dan butiran mengenai operasi van pengecas di Malaysia itu masih belum diumumkan secara terperinci.
Berdasarkan pengoperasiannya di Singapura, kami menganggap ia hampir serupa dengan perkhidmatan pengecasan EV mudah alih Gentari.


Di Singapura, perkhidmatan pengecasan mudah alih ditawarkan melalui pakej langganan dan Pay-As-You-Go.
Terdapat tiga jenis langganan iaitu Gold, Platinum dan Emerald. Dua yang terakhir termasuk perincian kenderaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nazamax, SM Fauzi SM Shalahuddin berkata, punca utama yang menghalang orang ramai menggunakan EV adalah kebimbangan mengenai pengecasan EV.

“Untuk itu, dengan adanya perkhidmatan pengecasan EV mudah alih, ini akan memudahkan pemilik EV.
“Mereka boleh mendaftar sebagai ahli dan sudah boleh mengecas kenderaan pada bila-bila masa sahaja di lokasi yang sesuai,”katanya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Power UP Tech, Chin Kee Min, perkhidmatan mudah alih itu menawarkan 10 peratus perkhidmatan dalam pasaran EV sejak 18 bulan lalu
“Walaupun Singapura mempunyai kadar penggunaan EV yang lebih tinggi daripada Malaysia serta rangkaian pengecasan EV yang lebih baik namun pengguna lebih suka dengan kemudahan yang ditawarkan oleh P.UP,” katanya.
Bagaimanapun, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa perkhidmatan seumpama ini, sebenarnya dapat menangani isu monopoli oleh syarikat-syarikat besar dan penyedia infrastruktur pengecasan EV.

Terdahulu van Opel e-Vivaro, yang dilengkapi dengan kapasiti tenaga 51 kWh ditayangkan bagaimana ia mampu mengecas EV lain.
Buat masa ini,Nazamax masih belum mendedahkan mengenai jenama van pengecas yang bakal digunakan nanti.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Van Pengecas EV Mudah Alih P.Up Kini Di P.Pinang – Servis Cuci Turut Ditawarkan
Syarikat penyedia servis pengecasan kenderaan elektrik (EV) mudah alih Singapura, Power Up Tech (P.Up) kini di Malaysia.
22-09-2024
Berita Terkini
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

