MINI Countryman C, Varian Permulaan Terbaru Diperkenalkan – MHEV, 168 HP

Barisan model MINI Countryman generasi ketiga kini bertambah dengan kehadiran MINI Countryman C sebagai varian permulaan.
MINI Countryman generasi ketiga kini ditawarkan dengan varian baharu, yang juga merupakan varian terendah bagi model ini, MINI Countryman C.
Crossover kecil ini dikatakan sebagai sebuah model yang “selesa, luas, dan cekap” yang dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter pengecas turbo tiga silinder daripada BMW Group dengan sistem hibrid ringkas (MHEV). Teknologi enjin yang digunakan memberikan kuasa sebanyak 168 HP dan tork 280 NM. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi automatik dwi-klac (DCT).
Dari segi prestasi, MINI mengumumkan bahawa model ini boleh melakukan pecutan 0-100 KM/J dalam masa sepantas 8.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 212 KM/J. Dengan teknologi MHEV, penggunaan tenaga menjadi lebih cekap yang MINI mendakwa bahawa kadar penggunaan minyak hanya 6.1 liter/100 KM.

Countryman C menggunakan sistem pacuan roda hadapan (FWD).


Dari luar, Countryman C mudah dikenali melalui penggunaan cladding hitam, rim bersaiz 17 inci, dan pilihan cat perak atau hitam metalik.
Sebagai varian permulaan, reka bentuk luar Countryman C kelihatan lebih asas berbanding dengan varian yang lebih tinggi, Countryman S. Ciri-ciri utama yang membezakan varian ini dengan varian lain adalah penggunaan cladding plastik berwarna hitam, rim aloi 17 inci yang lebih kecil dan pilihan cat perak atau hitam metalik.
Sementara itu, untuk ruangan kabinnya, BMW Group masih belum mengeluarkan imej rasmi untuk tatapan umum, namun Countryman C dikatakan akan menggunakan gabungan dua warna pada tempat duduk dan paparan bulat OLED bersaiz 9.5 inci yang berfungsi sebagai sistem infotainmen dan paparan instrumen.
Sementara itu, tempat duduk belakang masih boleh digeserkan sehingga 5.1 inci, memberikan fleksibiliti antara ruang kaki belakang dan ruang kargo. Berkenaan dengan ruang kargo, Countryman C ini menawarkan kapasiti simpanan sehingga 1,460 liter.

MINI Countryman C dijual pada harga permulaan €39,900 (~RM204,060) di Jerman
Varian terbaru ini, Countryman C, dijual pada harga bermula daripada €39,900 atau kira-kira RM204,060 di negara pengeluarannya, Jerman.
Ketibaannya di pasaran lain masih belum disahkan buat masa ini, tetapi Countryman C dijangka akan ditawarkan di kebanyakan pasaran bersama varian permulaan lain bagi jenama BMW, iaitu BMW X1.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQM3714
SELANGOR
BSM5716
JOHOR
JYR6407
PULAU PINANG
PRY7690
PERAK
APF3578
PAHANG
CFF3708
KEDAH
KGE4106
NEGERI SEMBILAN
NEJ5496
KOTA KINABALU
SJQ3441
KUCHING
QAB2575N
Terakhir Kemas Kini 22 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.99
EURO 5 B7
RM 3.19
Terakhir Kemas Kini 19 Feb, 2026
Berita Terkini
Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026
Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.
20-02-2026
Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?
Toyota akhirnya melengkapkan barisan model tersebut di Jepun dengan pelancaran varian hibrid plug-in (PHEV).
20-02-2026
BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030
BMW M dilaporkan sedang bersedia memasuki mod ‘perang’ apabila mendedahkan rancangannya untuk melancarkan sehingga 30 model baharu sebelum dekad ini melabuhkan tirainya.
20-02-2026
Kelibat SUV Gah XPeng G02 Mula 'Menghantui' Jalan Raya China
Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, XPeng, dikesan sedang giat menguji model SUV terbarunya yang diberi kod nama G02.
19-02-2026
Kerajaan China 'Hilang Sabar' Dengan Trend Minimalis, Stereng 'Yoke', Kawalan Skrin Sentuh Bakal Diharamkan?
Dalam satu langkah drastik untuk memperkasakan keselamatan jalan raya, China bakal mengharamkan penggunaan stereng jenis 'yoke' (separuh) dan mewajibkan semula penggunaan butang fizikal.
16-02-2026
Ora Good Cat Kini Tinggal Kenangan Di Thailand – Malaysia Bakal Terima Nasib Yang Sama?
Berita mengejutkan datang dari negara jiran utara kita. GWM Thailand dilaporkan telah menghentikan pengeluaran dan jualan model EV popular, Ora Good Cat
04-02-2026
Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit
Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.
03-02-2026
Mercedes-Benz S-Class (W223) Facelift Kini Lebih Hebat! Enjin V8 Terbaru & Teknologi AI
Selepas hampir enam tahun mendominasi pasaran limosin mewah dunia, Mercedes-Benz akhirnya mendedahkan wajah baharu bagi model S-Class (W223) Facelift.
30-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat