Mitsubishi Triton Gen Ke-3 Trak Pikap Paling Selamat! Terima ASEAN NCAP 5 Bintang

Tak pikap Mitsubishi Triton generasi ketiga berjaya mendapat penarafan penuh lima bintang daripada ASEAN NCAP
Walaupun belum dilancarkan di Malaysia secara rasmi, trak pikap terbaru, Mitsubishi Triton generasi ketiga ini khabarnya telah menerima banyak pujian. Terbaru, trak pikap ini telah berjaya memperoleh penarafan penuh lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
Triton 2023 yang dihasilkan daripada kilang di Thailand ini dilengkapi dengan ciri keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), serta pakej ADAS 'Diamond Sense' terbaru daripada Mitsubishi.
Pakej keselamatan Diamond Sense adalah termasuk Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Mitigasi Pelanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta (BSW), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan banyak lagi.
Triton baharu ini merupakan trak pikap pertama dalam kelasnya yang memperoleh penarafan tersebut di bawah protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025. Protokol terbaru tersebut ditambah dengan penilaian sistem bantuan pemandu merangkumi empat kategori iaitu perlindungan penumpang dewasa (AOP), perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), bantuan keselamatan (SA) dan keselamatan penunggang motosikal (MS).
Triton berjaya mengumpulkan markah penilaian keseluruhan yang mengagumkan iaitu sebanyak 74.41 mata, sekaligus menjadikannya salah satu kenderaan paling selamat dalam segmen ini.
Trak pikap ini menerima markah penuh iaitu 8.00/8.00 dalam ujian impak sisi dalam kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP) hadapan, dan 13.07/16.00 dalam ujian impak hadapan.
Dalam kategori lain, Triton memperoleh markah penuh dalam ujian impak hadapan dan sisi di bawah kategori perlindungan penumpang kanak-kanak (COP) hadapan.

Mitsubishi Triton generasi ketiga dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada suku pertama tahun 2024
Trak pikap generasi ketiga Mitsubishi Triton dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi iaitu dalam suku pertama (Q1) tahun depan (2024).
Model ini dijangka akan dijual di pasaran Malaysia pada harga antara RM109,000 hingga RM155,000.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8391
SELANGOR
BSU1024
JOHOR
JE8786J
PULAU PINANG
PSF8944
PERAK
APL7586
PAHANG
CFH8525
KEDAH
KGJ2795
NEGERI SEMBILAN
NEM1167
KOTA KINABALU
SJU3198
KUCHING
QAB6436P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Patutlah Berani Mati Pandu Mengundur , Rupanya "Lalok"
Sangka pengarah filem tengah shooting, rupa-rupanya, pemandu high.
09-06-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Mitsubishi Triton Street 2026 Dilancarkan Di Thailand – Mega Cab, Dari RM84K
Mitsubishi Triton Street 2026 rasmi di Thailand. Varian Mega Cab ini tampil dengan rekaan depan yang unik, sistem pacuan 4x2 RWD, enjin 148 hp, transmisi manual dan ditawarkan pada harga kompetitif.
27-11-2025
Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang
Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.
20-11-2025
Triton Terbang, Rupanya Pemandu Mabuk
Sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton terbabas lalu ‘terbang’ melintasi pembahagi jalan sebelum menghempap lima kereta yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) Cheng, pagi tadi.
25-09-2025
Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching
MMM bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada hujung minggu ini.
21-08-2025
Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang
MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.
28-04-2025
Nissan Navara Bukan Sekadar Model Rebadge Triton
Nissan Navara generasi akan datang dikatakan akan menerima beberapa perubahan ketara.
13-02-2025
Berita Terkini
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat