ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi Triton Gen Ke-3 Trak Pikap Paling Selamat! Terima ASEAN NCAP 5 Bintang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Mitsubishi-Triton-5-star-ASEAN-NCAP.jpg


Tak pikap Mitsubishi Triton generasi ketiga berjaya mendapat penarafan penuh lima bintang daripada ASEAN NCAP


Walaupun belum dilancarkan di Malaysia secara rasmi, trak pikap terbaru, Mitsubishi Triton generasi ketiga ini khabarnya telah menerima banyak pujian. Terbaru, trak pikap ini telah berjaya memperoleh penarafan penuh lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP). 


Triton 2023 yang dihasilkan daripada kilang di Thailand ini dilengkapi dengan ciri keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan  Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), serta pakej ADAS 'Diamond Sense' terbaru daripada Mitsubishi.


Pakej keselamatan Diamond Sense adalah termasuk Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Mitigasi Pelanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta (BSW), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan banyak lagi.


 


Triton baharu ini merupakan trak pikap pertama  dalam kelasnya yang memperoleh penarafan tersebut di bawah protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025. Protokol terbaru tersebut  ditambah dengan penilaian sistem bantuan pemandu merangkumi empat kategori iaitu perlindungan penumpang dewasa (AOP), perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), bantuan keselamatan (SA) dan keselamatan penunggang motosikal (MS).


Triton berjaya mengumpulkan markah penilaian keseluruhan yang mengagumkan iaitu sebanyak 74.41 mata, sekaligus menjadikannya salah satu kenderaan paling selamat dalam segmen ini. 


Trak pikap ini menerima markah penuh iaitu 8.00/8.00 dalam ujian impak sisi dalam kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP) hadapan, dan 13.07/16.00 dalam ujian impak hadapan.


Dalam kategori lain, Triton memperoleh markah penuh dalam ujian  impak hadapan dan sisi di bawah kategori perlindungan penumpang kanak-kanak (COP) hadapan. 


Mitsubishi-Triton-ThirdGen-3.jpg


Mitsubishi Triton generasi ketiga dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada suku pertama tahun 2024


Trak pikap generasi ketiga Mitsubishi Triton dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi iaitu dalam suku pertama (Q1) tahun depan (2024).


Model ini dijangka akan dijual di pasaran Malaysia pada harga antara RM109,000 hingga RM155,000.


Mitsubishi-Triton-ThirdGen-13.jpg



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8391

SELANGOR

BSU1024

JOHOR

JE8786J

PULAU PINANG

PSF8944

PERAK

APL7586

PAHANG

CFH8525

KEDAH

KGJ2795

NEGERI SEMBILAN

NEM1167

KOTA KINABALU

SJU3198

KUCHING

QAB6436P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-01-2026
Global

12-02-2025
Global

08-01-2025
Global
Pandu Uji

16-10-2024
Kereta Baru

16-10-2024
Kereta Baru

01-10-2024
Global

09-08-2024

Berita Terkini

Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.