Nasib Pemilik Beli Insurans Peril

Jurujual sempat bergambar dengan pemilik Proton X50 sebelum kejadian.
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan pemilik kereta Proton X50 apabila mendapati kereta yang dibeli itu tenggelam dalam kejadian banjir di IOI Mall, Puchong pada Sabtu lalu.
Kejadian itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Azhazul Azri, baru-baru ini.
Menurutnya, adiknya yang merupakan jurujual sempat bergambar dengan pemilik kenderaan terbabit pada jam 5 petang, namun kejadian malang berlaku sejam kemudian.
“Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal.
“Masuk mall (pusat beli belah), cuaca panas. Pergi makan, solat, bila keluar kereta dah tenggelam,” katanya pada Ahad.
Pada Sabtu lalu, CariCarz.com ada melaporkan mengenai kejadian bandir yang melanda di IOI Mall, Puchong.
Kejadian itu menyebabkan pengunjung pusat beli-belah itu panik selepas melihat air melimpah masuk ke dalam premis perniagaan itu.

Sebahagian besar kereta yang diparkir di IOI Mall Puchong ditenggelami air.
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Azhazul turut memaklumkan mujur adiknya itu menasihatkan pelanggan X50 berkenaan mendapatkan perlindungan tambahan bencana alam.
Untuk makluman anda, special perils cover atau perlindungan peril khas adalah ah perlindungan tambahan untuk kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, tanah mendap, pokok tumbang, bergantung kepada insurans yang anda pilih.
Perlindungan ini dapat membantu anda mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti yang disenaraikan dalam polisi insurans kereta.

Sebuah kereta terjatuh gara-gara tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong pada Sabtu lalu.
“Kami ejen ini cadang tambah cover special perils ini bukan sebab nak untung lebih. Untung kami sepuluh ringgit sahaja kadang.
“Tapi kami nak peace of mind. Kita tahu kereta customer ada cover. Bila tenggelam begini, kita tak ralat sebab insurans cover,” jelasnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook menyarankan orang ramai membeli peril khas.
“Benda yang ramai orang tak kisah bila beli kereta pasal insurans cermin, kematian & bencana, cermin semua orang dah tahu retak claim balik, kematian jarang-jarang yang ambil tahu bila peminjam meninggal dunia, kenderaan dapat kepada pewaris tanpa kena bayar sehingga habis.

Bencana boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Bencana macam dalam kes ini dapatlah ganti rugi ikut harga pasaran semasa, yang mana nak beli kenderaan itu pejam mata la tambah sikit duit untuk masukan 3 benda ni,” komen seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Tarantula.
Seorang lagi turut meninggalkan komen:
"Ambillah ambillah special perils, memang nampak mahal tapi bencana alam ini tiada siapa-siapa yang boleh sangka akan terjadi," tulisnya.
Apa pula pandangan anda mengenai insurans perils? Adakah anda memiliki insurans peril? Kongsikan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah
Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.
08-06-2026
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
