Nissan GT-R R35 Dihidupkan Kembali – Gaya Retro R34, 1000 HP, Badan Karbon Penuh!
Nissan GT-R dirombak oleh Artisan Vehicle Design, menampilkan ciri rekaan yang diambil dari Skyline GT-R R34.
Desas-desus mengatakan bahawa model ikonik Nissan GT-R R35 yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada 15 tahun lalu akan dihidupkan kembali dalam versi elektrik. Baru-baru ini, sebuah syarikat yang berpangkalan di London, Artisan Vehicle Design, telah membina model Nissan GT-R khas yang diinspirasikan daripada beberapa model GT-R lama, terutamanya Skyline GT-R R34.




Reka bentuk retro GT-R R34 yang diberikan sentuhan moden
Dibina di atas platform standard Nissan GT-R R35, model yang dibangunkan khas ini menggunakan badan gentian karbon sepenuhnya, yang mana setiap panel badan standard GT-R digantikan untuk mengurangkan berat dan meningkatkan kekakuan (stiffness) badan kereta. Berdasarkan pemerhatian, panel badan baharu ini jelas mempamerkan reka bentuk model GT-R R34, namun dalam versi lebih moden.




GT-R Artisan ditawarkan dalam pilihan warna retro
GT-R yang dihasilkan Artisan ini ditawarkan dalam beberapa pilihan warna retro, termasuk biru Bayside Blue R34, ungu Midnight Purple, emas kehijauan Millennium Jade, dan warna putih dengan aksen merah yang diambil daripada model GT-R Nismo.


Ruang kabin GT-R Artisan ini tampil lebih moden
Bergerak ke bahagian dalamnya, kabin GT-R Artisan ini sarat dengan penggunaan gentian karbon dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden, berbeza dengan model GT-R terdahulu. Antara yang menarik ialah skrin infotainmen tengah dalam orientasi potret, papan pemuka hadapan dan panel pintu daripada gentian karbon, stereng gentian karbon dengan ruang pegangan balutan Alcantara, serta tempat duduk jenis bucket yang menggunakan upholsteri Alcantara.
Selain model yang dipaparkan, Artisan Vehicle Design memaklumkan bahawa pelanggan juga boleh memilih rekaan kabin berbeza mengikut keinginan masing-masing. Tambah firma tersebut, ‘tiada had’ ditetapkan demi kepuasan pelanggan.

GT-R Artisan dikuasakan oleh enjin enam silinder VR38DETT yang sama seperti GT-R versi standard, namun diberikan talaan lebih baik.
Selain perubahan kosmetik reka bentuk dan konsep rekaan kabin yang lebih moden, pasukan daripada Artisan juga telah mengubah sistem trenkuasa jentera ini. Model ini ditawarkan oleh syarikat tersebut dalam dua varian iaitu varian asas, Track, yang menggunakan enjin V6 3.8 liter turbo kembar GT-R standard kini menghasilkan kuasa sebanyak 800 HP, sementara varian Ultimate yang teratas dapat mencapai output setinggi 1,000 HP.
Kedua-dua varian GT-R Artisan juga diberikan sistem brek, suspensi dan set tayar yang lebih baik demi kualiti pengendalian yang menakjubkan terutamanya di selekoh.


Berita buruk untuk peminat JDM, buat masa ini, GT-R yang dibina khas ini hanya wujud di alam maya. Prototaip sebenar model ini bakal dipertontonkan secara rasmi semasa pameran SEMA yang akan berlangsung pada penghujung tahun 2024.
Sebaik ditawarkan di pasaran nanti, model ini dijangka akan dihasilkan di Hannover, Jerman, dan hanya 36 unit akan dijual di seluruh dunia pada harga kira-kira $450,000 (~RM2 juta).

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2162
SELANGOR
BSU2927
JOHOR
JF4049J
PULAU PINANG
PSG2327
PERAK
APM264
PAHANG
CFH9528
KEDAH
KGJ3877
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4604
KUCHING
QAB7285P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
