Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan

Ruang pengecas EV Gentari
Sebelum tahun 2023 berakhir, syarikat-syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) semakin rancak menyediakan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara. Salah satu syarikat yang aktif memperluaskan rangkaian pengecasnya ialah Gentari, yang kini telah memiliki sejumlah 310 stesen (awam dan persendirian) di serata Malaysia.
Terbaru, Gentari telah melancarkan dua pengecas DC yang terletak di Petronas NKVE dan Petronas R&R Sungai Perak Arah Utara, serta empat stesen AC (pengecasan destinasi) baharu di Klang, Selangor, dan Negeri Sembilan - Villea Port Dickson, Kota Seriemas Golf & Country Club dan D Street Mall, Kota Seriemas.
LOKASI DAN CAJ STESEN PENGECAS DC TERBARU GENTARI
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Petronas NKVE Arah Utara
Stesen pengecasan terbaru Gentari yang terdekat dengan penduduk Lembah Klang ialah di Petronas NKVE Arah Utara. Fasiliti ini dilengkapi dengan tiga unit satelit Kempower dengan output dinamik sebanyak 150 kW setiap nozel.
Bagaimanapun, buat masa ini, kuasa unit satelit No. 2 dikurangkan kepada 80 kW, mungkin disebabkan oleh bekalan kuasa terhad dari grid tenaga TNB.

Petronas R&R Sungai Perak Arah Utara
Seterusnya, Petronas R&R Sungai Perak Arah Utara ini disediakan dengan pengecas DCFC dengan dua nozel yang memberikan output dinamik maksimum 180 kW setiap nozel.
Kedua-dua fasiliti pengecasan DC ini dicaj berdasarkan kWh pada kadar RM1.50/kWh.
Untuk makluman, unit pengecas DCFC Kempower yang dilengkapi dengan sistem modulasi output dinamik yang beroperasi berdasarkan keadaan cas EV (SOC). Sekiranya EV yang dicas memiliki SOC lebih rendah, ia akan menerima lebih banyak input berbanding EV dengan SOC lebih tinggi yang menggunakan fasiliti sama, oleh itu, proses pengecasan dapat diselesaikan dengan lebih pantas.
Kedua-dua fasiliti DCFC ini terletak di stesen Petronas yang menjadi tumpuan ramai dengan kemudahan seperti kedai, tandas dan surau supaya pengguna EV dapat bersantai sementara menunggu pengecasan selesai.
LOKASI DAN CAJ STESEN PENGECAS AC TERBARU GENTARI
-full.webp)
Villea Port Dickson
-full.webp)
Kota Seriemas Golf & Country Club
Stesen pengecasan AC terbaru Gentari yang pertama terletak di AEON Bukit Tinggi Klang. Lokasi ini menyediakan empat pengecas 22 kW dan enam pengecas 7 kW.
Pengecas AC baharu lain terletak di pelbagai lokasi iaitu Villea Port Dickson dengan tiga pengecas 22 kW, Kota Seriemas Golf & Country Club dengan tiga pengecas 11 kW dan akhir sekali D Street Mall dengan satu pengecas 22 kW dan dua unit pengecas 11 kW.
-full.webp)
D Street Mall, Kota Seriemas

AEON Bukit Tinggi Klang
Semua sesi pengecasan AC dikenakan bayaran sebanyak RM0.20/minit kecuali stesen pengecasan AC di AEON Bukit Tinggi Klang dengan output 22 kW yang dikenakan pada RM0.18/minit manakala 7 kW pada RM0.13/minit.
Pengguna boleh mengakses kesemua pengecas yang dinyatakan melalui aplikasi Jomcharge, ChargEV atau Setel hasil kerjasama yang telah dimeterai ketiga-tiga pihak baru-baru ini.
Sumber imej: PlugShare & Gentari
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7926
SELANGOR
BSP7495
JOHOR
JYW2126
PULAU PINANG
PSC476
PERAK
APH2743
PAHANG
CFG4280
KEDAH
KGF7189
NEGERI SEMBILAN
NEK3364
KOTA KINABALU
SJR7558
KUCHING
QAB7231N
Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pengecas EV Pantas DC Handal Kini Di JPO & IOI City Mall
DC Handal telah berjaya mempercepatkan pengaktifan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) mereka di Johor Premium Outlet (JPO) dan IOI City Mall Putrajaya.
10-04-2024
Pengecas Pantas 200 kW DC Handal @ WCE Assam Jawa SEDIA Sebelum Raya – RM1.50/kWj
Pengecas DCFC pertama di Plaza Tol Utara Assam Jawa WCE (Exit 3210) bakal diaktifkan tidak lama lagi.
01-04-2024
Pengecas DCFC Gentari Kini Di Petronas RnR Kundang & Gunung Semanggol
Gentari telah mengaktifkan dua lagi lokasi pengecas DC di sepanjang rangkaian lebuh raya.
14-03-2024
Pengecas DCFC Terpantas Malaysia Di Highland Hotel Genting Dah Beroperasi
Genting Highlands kini menjadi salah satu lokasi fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang terpantas di Malaysia.
13-02-2024
ChargeSini Mydin: 9 Stesen Pengecas EV Kini AKTIF
ChargeSini telah menyediakan stesen pengecas pantas arus terus (DCFC) di 11 cawangan Mydin. Ini lokasinya...
11-02-2024
DC Handal Lancar Pengecas EV Terpantas Di Bandar Melaka! Hanya RM1.50/kWh
DC Handal telah melancarkan fasiliti pengecasan pantas DC Kempower di The Pines Melaka. Ini yang anda perlu tahu...
20-12-2023
DC Handal Dan Auto Bavaria Bekerjasama Untuk Perbanyak Stesen Pengecas DCFC
DC Handal telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Auto Bavaria. Ini rancangan kedua-dua syarikat...
07-12-2023
PLUS & Gentari Meterai MoU Perkasa Ekosistem EV, 100 Pengecas Pantas Menjelang 2025
PLUS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Gentari. Ini apa yang bakal dilaksanakan...
03-12-2023
Berita Terkini
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV
Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.
28-04-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran
Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.
21-04-2026
EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?
Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.
20-04-2026
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?
Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.
17-04-2026
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"
Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.
14-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat