Ada Apa Dengan No Plat AMY 1?
Nombor plat pendaftaran kenderaan 'AMY 1' yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dibida sebanyak RM400,000 iaitu tertinggi sepanjang tempoh lima hari bidaan dibuka bermula 9 April lalu.
Memetik kenyataan akhbar Berita Harian, nilai bidaan itu mengatasi nombor plat kenderaan siri 'AKU' seperti AKU 8055 serta AKU 1 yang dikeluarkan pada Ogos 2017.
Nombor plat AKU 8055 dibida pada harga RM74,000 manakala RM207,898.90 bagi AKU 1.
Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, berkata selepas AMY 1 nombor plat pendaftaran AMY 2 hingga AMY 9 masing-masing dibida pada harga melebihi RM80,000 setiap satu.
“JPJ berjaya mengutip hasil bidaan sebanyak RM6 juta bagi nombor pendaftaran siri 'AMY' pada sesi berkenaan yang berakhir 13 April,” katanya.
Difahamkan, bidaan yang dibuka melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) itu turut mengatasi pendaftaran plat siri 'AMG' sebelum ini yang disifatkan rata-rata sebagai pembida 'Mercedes Lover' (pengguna kenderaan jenama Mercedes Benz).
"Dengan siri 'AMY' sekarang, saya melihat 'trend' macam orang banyak duit memandangkan hampir semua nombor-nomor popular sudah dibida dan dimiliki," katanya.
Gallery

Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPN7253
SELANGOR
BSH1297
JOHOR
JYF1713
PULAU PINANG
PRT3408
PERAK
APA2776
PAHANG
CFD2093
KEDAH
KGB7931
NEGERI SEMBILAN
NEG7245
KOTA KINABALU
SJM1514
KUCHING
QAB9256L
Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.13
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.90
-0.04
EURO 5 B7
RM 3.10
-0.04
Terakhir Kemas Kini 14 Aug, 2025
Berita Berkaitan
Kenderaan Singapura Buat E-Hailing Haram Di Malaysia, Tindakan Tegas Menanti
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan kewujudan kenderaan Singapura yang menjalankan perkhidmatan e-hailing kepada pelancong ke dalam negara secara haram.
15-08-2025
OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans
JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.
11-08-2025
Syarikat Upah Warga Asing Pandu Kenderaan Perdagangan, Ramai Tiada Lesen GDL
JPJ merekodkan sebanyak 17,347 kesalahan yang membabitkan pemandu kenderaan perdagangan warga asing bagi tempoh 2021 hingga Julai lepas.
08-08-2025
Kereta Mewah Disita, Perbaharui Cukai Jalan, Insurans Dulu Sebelum Bayar Kompaun
Pemilik kenderaan mewah perlu memperbaharui cukai jalan dan insurans bagi kenderaan mereka yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
08-08-2025
PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan
Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.
06-08-2025
Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans
Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.
04-08-2025
“Tak Tahu Kerajaan Malaysia Sudah Kuat Kuasa VEP” – Alasan Pemilik Kenderaan Singapura
Dalam tempoh hanya 3 hari, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sejumlah 1,489 saman terhadap kenderaan berpendaftaran Singapura.
04-08-2025
Berita Terkini
Alza Terbakar Di Kesas, Mujur Semua Selamat
Sebuah Alza dirempuh laju dari belakang oleh kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 23.6 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), pagi tadi.
15-08-2025
Selenggara Sistem Aerotren Hanya Waktu Malam, Bukannya Waktu Puncak
KLIA akan menjalankan kerja penyelenggaraan malam yang dijadualkan pada sistem Aerotren .
15-08-2025
Spesifikasi Zeekr 7X Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan – Lancar Dalam Masa Terdekat?
Zeekr Malaysia telah mengumumkan spesifikasi penuh SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, menerusi risalah rasmi yang kini boleh didapati di laman web rasminya, menandakan kedatangan model ini tidak lama lagi.
15-08-2025
Kenderaan Singapura Buat E-Hailing Haram Di Malaysia, Tindakan Tegas Menanti
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan kewujudan kenderaan Singapura yang menjalankan perkhidmatan e-hailing kepada pelancong ke dalam negara secara haram.
15-08-2025
Hab Komponen iCaur Shah Alam Sudah Sedia Lebih 10,000 Alat Ganti Menjelang Ketibaan iCaur 03
Menjelang pelancaran jentera elektrik rangginya yang pertama di negara ini, iCaur Malaysia telah merasmikan pembukaan hab komponen alat ganti di Shah Alam Hicom Industrial Estate.
15-08-2025
Tren Bangkok–Butterworth Bakal Kembali
Setelah 9 tahun perkhidmatan digantung, akhirnya perkhidmatan tren ikonik Bangkok–Butterworth yang pernah menjadi pilihan utama penumpang bakal kembali beroperasi tidak lama lagi.
14-08-2025
Malaysia Import Pelbagai Jenis Tayar, Penuhi Penggunaan Tempatan
Malaysia mengimport pelbagai jenis tayar bernilai RM3.53 bilion bagi memenuhi penggunaan tempatan sebanyak 22 juta unit setahun.
14-08-2025
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 – Tarik Lebih 100,000 Pengunjung!
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025 melabuhkan tirainya dengan catatan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya iaitu dari 8 hingga 10 Ogos lalu.
14-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat