Neta V: EV Paling Murah Di Bawah RM100K, Mana Nak Dapat?
Anak syarikat GoAuto Group Sdn Bhd, Intro Synergy Sdn Bhd mengorak satu langkah ke hadapan apabila memperkenalkan kenderaan elektrik paling murah di bawah harga RM100,000, Neta V.
Neta V dijual pada harga RM99,800 membuatkannya ia merupakan model EV pertama di Malaysia yang dijual pada harga yang cukup murah.
Ia cuma ditawarkan dalam satu varian tunggal.
Dimaklumkan, tempahan Neta V sudah dibuka namun terhad sepanjang pameran Malaysia Autoshow 2023.
Ini bermakna 100 pelanggan pertama yang membuat tempahan secara dalam talian akan menerima baucar tunai bernilai RM10,000.
Maka, harga Neta V adalah sebanyak RM89,800.
Berikut adalah spesifikasi Neta V:
• Guna bateri lithium-ion 38.5 kWh
• Pengecas AC dengan Type 2 pada kadar maksimum 6.6 kW – Ambil masa lapan jam untuk cas penuh.
• Pengecasan pantas DC pada kadar 100 kW - cas dari 30-80% hanya dalam masa 30 minit
• Pecut dari 0-50 km/j hanya dalam 30 3.9 saat.
• Panjang 4,070 mm, 1,690 mm lebar, 1,540 mm tinggi
• Jarak roda 2,525 mm
• Rim aloi 16 inci
• Halogen automatik
• DRL LED
• Lampu belakang LED
• Sistem tanpa kunci
• Panel instrumen digital 12-inci
• Parkir brek elektronik
• Skrin intotainmen 14.6-inci dengan kamera undur
• 6 pembesar suara
• Kerusi balutan kulit buatan
• Boleh laras empat-arah
Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatan, ia didatangkan dengan dua beg udara, Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik, bantuan brek, kawalan cengkaman dan ESC.
Bagaimanapun, tiada sistem keselamatan aktif seperti AEB dan bantuan mengekalkan lorong, tetapi ada ciri lain seperti Auto Brake Hold, bantuan mula mendaki, kawalan menuruni curam, peninjau tekanan tayar dan kawalan melayar pasif.
Bagi yang berminat, ia terdapat dalam beberapa warna iaitu Sakura Pink, White Storm, Sky Blue, Cyan dan Midnight Gray.
Kunjungi laman web www.neta.my bermula 4.15 petang hingga 10 malam bermula hari ini hingga 7 Mei untuk menjadi 100 pelanggan terawal dan berpeluang memiliki Neta V serendah RM89,800.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPJ4305
SELANGOR
BSF9814
JOHOR
JYC6421
PULAU PINANG
PRS1815
PERAK
ANX4067
PAHANG
CFC4564
KEDAH
KGB2651
NEGERI SEMBILAN
NEG4017
KOTA KINABALU
SJL5744
KUCHING
QAB6348L
Terakhir Kemas Kini 05 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.85
-0.03
EURO 5 B7
RM 3.05
-0.03
Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Rasmi: Intro Synergy Dilantik Pengedar EV, Neva
Intro Synergy Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar tunggal, NETA.
20-04-2023
Jenama EV China, Neta, Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
Pasaran EV dimeriahkan lagi dengan kedatangan jenama baharu dari China, Neta, dari kumpulan Hozon Auto New Energy Automobile Co., Ltd. atau Hozon Auto.
27-03-2023
Pembeli Kecewa EV Neta Hanya Capai 40 KM 1 Cas Penuh – Dapat Skuter Sementara Tunggu Stok Bateri
Kurang dua tahun selepas membeli kenderaan elektrik (EV) Neta Aya (Neta V) di China, seorang pemilik kecewa jarak pemanduan merosot kepada hanya 40 km!
03-01-2025
Neta V EV Paling Tak Selamat? – EV Pertama Dengan ASEAN NCAP Sifar Bintang
Kenderaan elektrik (EV) kompak, Neta V, menerima penarafan sifar bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
09-12-2024
Neta V Terbakar Sepenuhnya Di Lebuhraya PLUS – Ini Punca Kejadian...
Sebuah kenderaan elektrik (EV) Neta V musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Sabtu lalu di KM277.6 Lebuhraya PLUS arah utara.
11-11-2024
Neta Malaysia Tawar Waranti SEUMUR HIDUP & Program Kesetiaan
Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB), pengedar rasmi kenderaan Neta di Malaysia, baru-baru ini telah melancarkan Waranti Seumur Hidup serta Program Kesetiaan.
18-04-2024
SAH! NETA V Dipasang Di Indonesia Mulai Mei Ini
PT NETA Auto Indonesia sudah bersedia untuk memulakan pengeluaran keretanya di kilang pemasangan tempatan (CKD) yang terletak di Ungu Bekasi, Indonesia.
12-03-2024
Neta V Bakal Dipasang CKD Di Malaysia Hujung Tahun Depan
Careplus menjalankan kerjasama dengan GoAuto untuk pemasangan Neta V di dalam negara.
25-10-2023
Berita Terkini
TQ Wuling Bingo Bakal Dilancar Hujung Tahun Ini, Harga Bawah RM100,000, Mampukah Tewaskan Proton e.MAS 7, Perodua EV Nanti?
TQ Wuling Bingo bakal dilancar pada hujung tahun ini.
04-07-2025
Didedah: Alpine A290, Sebuah EV Berprestasi Tinggi, Direka Untuk Pelanggannya Yang Mahu Berlumba?
Alpine memperkenalkan kereta lumba elektrik pertamanya, Alpine A290 Rally yang direka khusus untuk perlumbaan buat pelanggan yang berminat untuk menyertai perlumbaan rali di Perancis.
04-07-2025
MBPJ Mahu Pasang 1,000 Pengecas EV Di Lokasi Strategik, Kawasan Parkir
MBPJ menyasarkan untuk memasang 1,000 pengecas kenderaan elektrik (EV) di lokasi strategik dan parkir awam seluruh bandaraya itu secara berperingkat.
01-07-2025
EV Concept AMG GT XX Cecah 1,340 HP, Cas 5 Minit Capai 400 KM!
Mercedes-AMG mencuri perhatian dunia automotif dengan pendedahan model konsep terbarunya, Concept AMG GT XX.
30-06-2025
Grab Lancar Perkhidmatan EV Di KLIA
Untuk permulaan, perkhidmatan e-hailing EV dimulakan dengan 10 unit kenderaan BYD M6.
25-06-2025
BYD Atto 3 Terjual 1 Juta Unit Kurang 4 Tahun Pelancarannya – 30 Unit Setiap Jam
SUV elektrik (EV) popular, BYD Atto 3, mencatatkan pencapaian luar biasa dengan jualan terkumpul melebihi 1 juta unit di seluruh dunia.
23-06-2025
Tun Mahathir Pandu Uji Proton e.MAS 7 Pada Usia Hampir 100 Tahun
Walaupun usia hampir menjengah 100 tahun pada bulan depan, namun itu tidak menjadi penghalang buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memandu uji Proton, e.MAS 7.
22-06-2025
Ini Dia Volkswagen ID.Buzz AD Versi Pengeluaran – Tidak Perlu Pemandu, Lancar Tahun Depan
Volkswagen menerusi subjenama mobiliti, MOIA, telah memperkenalkan versi pengeluaran bagi van elektrik autonomi yang pertamanya, Volkswagen ID.Buzz AD.
20-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat