Pembekal 4AT Tukar Tapi Harga Saga Masih Sama
Satu laporan dalam talian mendedahkan bahawa Proton Saga akan menampilkan transmisi automatik 4-kelajuan (4AT) Aisin daripada Toyota.
Ini bermakna, kotak gear baharu itu akan menggantikan kotak gear yang dibekalkan oleh Hyundai selama ini.
Lebih menarik lagi, laporan itu turut menyebut bahawa pengeluaran Proton Saga yang dipadankan dengan kotak gear Aisin baharu telah pun dimulakan sejak bulan ini.
Namun, Proton masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penggantian kotak gear daripada Toyota itu.
Apa yang penting, penggantian kotak gear Aisin berkemungkinan besar tidak akan menyaksikan sebarang perubahan harga Proton Saga.
Proton Saga MC2 Facelift yang diperkenalkan Mei tahun lalu menawarkan beberapa varian dimana Standard Lite AT dijual pada harga RM38,300, RM38,800 (Standard AT) dan RM41,800 (Premium AT).
Biarpun, kami tidak dapat mengesahkan khabar angin ini secara rasmi namun sumber terdekat pembuat kereta nasional itu memberi bayangan bahawa laporan itu adalah benar.
Sebaliknya, biarpun ia hanya melibatkan pertukaran pembekal alat ganti namun harga Proton Saga dikatakan kekal sama seperti sekarang.
Untuk makluman, pada tahun 2019, Proton menggunakan transmisi CVT yang dibekalkan oleh Punch namun ia dipasangkan dengan transmisi automatik empat kelajuan buatan Hyundai.
Langkah yang diambil Proton untuk menukar kotak gear akhirnya menerima pujian memandangkan ia berjaya meningkatkan prestasi keseluruhan Saga dan kecekapan bahan api, serta mengurangkan tahap bunyi enjin secara drastik di dalam kabin.
Buat masa ini, Proton Saga adalah salah satu model paling laris Proton manakala 3,949 unit telah pun dihantar kepada pemilikny pada bulan lepas.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG1453
SELANGOR
BSF4402
JOHOR
JYA3548
PULAU PINANG
PRR4346
PERAK
ANW5799
PAHANG
CFC493
KEDAH
KGA8964
NEGERI SEMBILAN
NEG2078
KOTA KINABALU
SJL2590
KUCHING
QAB4992L
Terakhir Kemas Kini 13 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
EURO 5 B7
RM 2.94
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Jualan Proton Melonjak Mei Lalu Sebab Proton X70, Proton X50 Laku Keras
PROTON melabuhkan tirai untuk bulan Mei lalu dengan mencatatkan 13,328 unit terjual (domestik,eksport, smart, Proton e.MAS), 6.1% lebih tinggi berbanding Mei 2024,
05-06-2025
Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV
Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.
06-05-2025
Ini 4 Model Kereta Yang Banyak Tersadai Di Malaysia: Proton Saga, Wira, Kancil, KIA
Banyak kereta tersadai sebab memerlukan modal besar untuk dibaiki.
21-04-2025
Jualan Proton Mencanak Mac 2025 Sebab Ramai Tempah Proton S70, X90
Jualan kumpulan melonjak 23.9% berbanding Februari dengan semua model menunjukkan pertumbuhan positif
09-04-2025
FitSURE: Bantu Ibu Bapa Pilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak
Setakat ini, enam model kenderaan telah dinilai, termasuk Perodua Alza, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Veloz, dan Honda City.
20-03-2025
Lagi Kes Pandu Lawan Arus, Kali Ini Di Linkedua
Polis kini sedang giat mencari pemandu Proton Saga.
14-03-2025
Jualan Proton Melonjak 11,232 Unit Pada Februari Sebab S70, X50? Ini Antara Model "Hot" Proton!
Proton Saga tetap mendominasi jualan semua model Proton dengan 5,024 unit terjual bulan lepas.
10-03-2025
Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac
Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.
01-03-2025
Berita Terkini
Peranti Had Kelajuan Kenderaan Perdagangan Berkuat Kuasa 1 Oktober
Kementerian Pengangkutan mengesahkan penguatkuasaan Peranti Had Kelajuan (SLD) untuk kenderaan perdagangan termasuk bas persiaran dan ekspres akan bermula 1 Oktober ini.
13-06-2025
Pemandu Lori Dipukul Sebab Bunyikan Hon
Punca pergaduhan disebbakan pemandu lori membunyikan hon.
13-06-2025
Kutipan Tol Seksyen 2 WCE Mula Hari Ini; Nafi Isu Pengusiran Penduduk Kampung Jawa
Mulai hari ini, Jumaat, 13 Jun 2025, kutipan tol bagi Jajaran Seksyen 2 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) mula dilaksanakan.
13-06-2025
Caricarz Automall Sunday Car Market: Bantu Anda Tangani Krisis Hutang Kereta
Acara Caricarz Automall Sunday Car Market ini akan berlangsung pada 6 Julai ini.
12-06-2025
Pesawat Air India Terhempas: Angka Kematian Masih Belum Diketahui
Pesawat terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad, barat India.
12-06-2025
Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun
Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025.
12-06-2025
Pangkalan Data Bakal Dibangunkan, Mampu Kesan Pemandu Bas Bermasalah
Dengan adanya sistem pangkalan data, syarikat bas menilai kelayakan serta latar belakang pemandu sebelum mereka diambil bekerja.
12-06-2025
Angkara Kereta Pengedar Dadah, Nyawa Dua Gadis Melayang
Kejadian berlaku ketika dua gadis yang menaiki motosikal itu berhenti di lampu isyarat merah sebelum dirempuh dari belakang oleh kereta Perodua Bezza.
12-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat