Peranti Had Kelajuan Kenderaan Perdagangan Berkuat Kuasa 1 Oktober

Kementerian Pengangkutan mengesahkan penguatkuasaan Peranti Had Kelajuan (SLD) untuk kenderaan perdagangan termasuk bas persiaran dan ekspres akan bermula 1 Oktober ini.
Ia adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan jalan raya serta mengurangkan risiko kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat. SLD merupakan peranti kawalan had laju atau sistem yang direka untuk mengehadkan kelajuan maksimum kenderaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, semua bas persiaran, bas wkspres dan kenderaan barangan berat maksimum melebihi 3,500kg (yang didaftar bermula 1 Januari 2015), adalah diwajibkan untuk mendapatkan Pengesahan Kefungsian dan Laporan SLD
"Kenderaan ini wajib mendapatkan Pengesahan Kefungsian dan Laporan SLD daripada pihak pengilang/pengeluar kenderaan, Technical Service (TS) yang diiktiraf oleh JPJ, bengkel atau fasiliti servis yang diiktiraf oleh JPJ atau Badan Pensijilan Bertauliah (oleh Jabatan Standard Malaysia) yang diiktiraf oleh JPJ.
"Dokumen Pengesahan Kefungsian dan Laporan SLD ini wajib diperbaharui setiap dua tahun dan perlu dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) dan ketika permohonan atau pembaharuan permit di Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Malah, kenderaan barangan (berat maksimum melebihi 3,500kg) dan kenderaan penumpang (membawa penumpang melebihi lapan orang dan berat maksimum melebihi 5,000kg) yang didaftar sebelum 1 Januari 2015 juga wajib mempunyai dan mengaktifkan fungsi SLD dalam Eletronik Control Unit (ECU).

"Kenderaan 'rebuild' dan kenderaan barangan Import Terpakai (berat maksimum melebihi 3,500kg) turut akan dikuatkuasakan. Penguatkuasaan pengaktifan SLD dalam ECU akan bermula 1 Januari2026," katanya.
Menurutnya, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan pemeriksaan di kilang-kilang pengeluaran akan memastikan had laju yang ditetapkan pada SLD adalah mengikut Had Laju Kebangsaan. Semua jenis bas dan kenderaan berat ditetapkan had laju maksimum 90km/j," katanya.
Beliau berkata, bagi kenderaan yang tidak dilengkapi sistem SLD, diwajibkan memasang peranti SLD secara retrofit yang sudah mendapat pengesahan daripada JPJ.

"Pemasangan peranti SLD ini perlu disahkan oleh pihak berkelayakan seperti disebutkan. Langkah ini bertujuan memastikan peranti dipasang mengikut spesifikasi teknikal yang ditetapkan serta berfungsi dengan sempurna bagi menjamin keselamatan dan pematuhan undang-undang berkaitan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8449
SELANGOR
BSU9450
JOHOR
JH2148J
PULAU PINANG
PSH3253
PERAK
APM8257
PAHANG
CFJ3750
KEDAH
KGJ7617
NEGERI SEMBILAN
NEM5487
KOTA KINABALU
SJV1193
KUCHING
QAB9740P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MoT Perhalusi Bangunkan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang Di Pulau Carey
Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang memperhalusi kaedah pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey (JPPC).
05-12-2025
Perhatian! Bermula Tahun Depan, Tiada Lagi Diskaun Saman
Bermula tahun depan, semua saman tertunggak perlu dijelaskan mengikut prinsip baharu tanpa sebarang pengurangan tambahan.
23-10-2025
Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat
MOT mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan delegasi antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
22-10-2025
Kementerian Pengangkutan Terima 2 Unit Leapmotor C10
Leapmotor Malaysia menyerahkan dua unit kenderaan elektrik penuh (EV) Leapmotor C10 kepada Kementerian Pengangkutan (MOT), di ibu negara semalam.
27-08-2025
Setiap Tahun, RM15 Juta Dibelanja Untuk Selenggara Kamera AWAS
Jumlah itu meliputi kerja-kerja penyelenggaraan dan servis kamera serta sistem ‘back office’, selain mencetak saman AWAS.
14-08-2025
Pengimportan Dummy Seatbelt Buckle Diharamkan Mulai 31 Disember Ini, Sebab Boleh Ragut Nyawa Anda!
Kerajaan akhirnya mengharamkan pengimportan peranti keselamatan palsu dikenali sebagai 'dummy seatbelt buckle' atau pencangkuk palsu mulai 31 Disember ini.
07-07-2025
"MOT Akan Ambil Tindakan Tegas Sejurus Siasatan Selesai, - Menteri
MOT menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas sejurus siasatan selesai berhubung nahas bas yang meragut nyawa 15 pelajar UPSI, semalam.
10-06-2025
MOT Cadang Tarif Elektrif Khas Untuk Pengangkutan Awam
Tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam kerana pengusaha dicaj tarif yang sama seperti syarikat perniagaan biasa.
08-01-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
