ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi Triton 2024 Bakal Buat Kemunculan Pertama 26 Julai Ini Di Thailand

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Triton-VGT-Athlete.jpg

Mitsubishi Triton VGT Athlete Generasi Kelima


Trak pikap Mitsubishi Triton 2024 dilaporkan akan membuat penampilan global pertamanya pada 26 Julai ini di Thailand.


Menurut laman web automotif yang berpangkalan di Thailand, Headlightmag, Triton generasi seterusnya akan ditawarkan dalam versi double-cab atau Mega Cab. Sementara itu, varian kabin tunggal (single cab) pula akan menyusul kemudian pada tahun ini. Walaupun model baharu itu nanti akan menggunakan enjin turbodiesel DOHC 2.4 liter yang sama dengan model yang ditawarkan sekarang, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa Triton baharu itu mungkin akan ditawarkan dalam versi separa elektrik. 


Baca: Mitsubishi Triton Generasi Baharu MUNGKIN Kelihatan Seperti Ini


mitsubishi-product-roadmap.jpg

Pelan "Challenge 2025" Mitsubishi Motors Corporation membabitkan trak pikap elektrik penuh (BEV). Mungkinkah ini Triton versi elektrik?


Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa Mitsubishi sedang membangunkan trak pikap EV tulen sebagai sebahagian daripada rancangan eletrifikasi "Challenge 2025" syarikat. Seperti banyak jenama Jepun lain di pasaran, perancangan EV ini akan melibatkan pemasangan teknologi separa  elektrik pada model-model ICE semasa mereka, dengan Triton generasi seterusnya dilaporkan menjadi salah satu daripada beberapa model yang akan dilengkapi dengan teknologi tersebut.


2023-mitsubishi-xrt-concept-(16).jpg
2023-mitsubishi-xrt-concept-(17).jpg2023-mitsubishi-xrt-concept-(19).jpg

Kereta Konsep Mitsubishi XRT


Mitsubishi Triton 2024 dilaporkan akan dibangunkan berdasarkan kereta konsep Mitsubishi XRT yang telah didedahkan semasa  Bangkok International Motor Show (BIMS) 2023. Model konsep itu hadir dengan reka bentuk kotak yang agresif dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan off-road. Ciri-ciri ekstrem yang sama berkemungkinan besar dapat dilihat digunakan pada Triton generasi baharu yang akan dilancarkan nanti, terutamanya pada varian tertinggi. 


Caricarz-FordRangerWildtruck-32.jpg2024-toyota-tacoma-family-(2).jpg

Ford Ranger generasi seterusnya (kiri) & Toyota Tacoma yang hanya ditawarkan untuk pasaran AS (kanan)


Namun, semua ini hanyalah spekulasi dan desas-desus semata-mata, kita nantikan tarikh 26 Julai ini untuk melihat sejauh mana kebenaran khabar angin ini. Apa yang pasti, Triton generasi keenam bakal menjadi trak pikap sederhana generasi baharu kedua yang dilancarkan di rantau ini selepas Ford Ranger. Bila pula giliran Toyota Hilux? 


2023-mitsubishi-xrt-concept-(21).jpg



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPR5715

SELANGOR

BSH6280

JOHOR

JYG4035

PULAU PINANG

PRT8287

PERAK

APB695

PAHANG

CFD4226

KEDAH

KGC1944

NEGERI SEMBILAN

NEG9755

KOTA KINABALU

SJM5092

KUCHING

QAB1355M

Terakhir Kemas Kini 09 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.16

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Global

12-02-2025
Global

08-01-2025
Global
Pandu Uji

16-10-2024
Kereta Baru

16-10-2024
Kereta Baru

01-10-2024
Global

09-08-2024
Gaya Hidup

23-05-2024

Berita Terkini

Global

Nissan GT-R R35 Ditamatkan Pengeluaran Tanpa Pengganti

Nissan secara rasmi mengumumkan pengeluaran unit terakhir Nissan GT-R R35 di kilang Tochigi, Jepun.

29-08-2025
Global

Volkswagen T-Roc Generasi Kedua Muncul Di Eropah – HEV Pertama VW

Selepas lapan tahun diperkenalkan, Volkswagen T-Roc diberikan nafas baharu dengan kemunculan generasi kedua yang lebih besar dan bergaya.

29-08-2025
Global

Peugeot 308 Generasi Ke-3 Versi Facelift Diperkenalkan – Lebih Menawan, Lebih Berkuasa

Peugeot 308 generasi ketiga yang bakal memasuki usia ke-4 setelah dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2021, kini tampil dengan wajah baharu yang lebih dramatik

28-08-2025
Global

Honda Accord Generasi Ke-11 Dilancarkan Di Thailand – Tiada LaneWatch, Hanya HEV

Honda Thailand baru-baru ini melancarkan Honda Accord generasi ke-11 atau model tahun 2025. Berbeza dengan versi terdahulu, model kali inii hanya ditawarkan dengen trenkuasa hibrid e:HEV.

27-08-2025
Global

Wuling Bingo S Dari RM40K Di Pasaran China – Lebih Praktikal, 430 KM

Muncul versi lebih besar di pasaran China, Wuling Bingo S, yang dijual pada harga bermula dari CNY 68,800. Ini spesifikasinya...

26-08-2025
Global

Brabus Rocket GTC – Sebuah 'Hyper Gran Turismo Cabrio' Capai 986 HP

Brabus, firma talaan terkenal dari Jerman, memperlihatkan hasil rekaan terbarunya yang dibangunkan berdasarkan model Mercedes-AMG SL Roadster semasa acara Monterey Car Week baru-baru ini.

25-08-2025
Global

Toyota Yaris Ativ HEV Didedahkan Di Thailand – Vios Versi Hibrid, 2 Varian

Toyota Motor Thailand baru-baru ini secara rasmi memperkenalkan model terbarunya, Toyota Yaris Ativ HEV 2025, membawa teknologi hibrid ke dalam badan sedan kompak yang dikenali sebagai Vios di Malaysia.

24-08-2025
Global

Lamborghini Fenomeno: Revuelto Versi Liar, Ultra Terhad Hanya 29 Unit

Lamborghini Fenomeno membuat kemunculan di Monterey Car Week 2025. Ini spesifikasinya...

18-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.