Lamborghini Fenomeno: Revuelto Versi Liar, Ultra Terhad Hanya 29 Unit

Lamborghini Fenomeno
Selain Lexus Sport Concept, festival automotif besar-besaran yang diadakan di Amerika Syarikat, Monterey Car Week 2025, menyaksikan kehadiran beberapa model istimewa, termasuk supercar V12, Lamborghini Fenomeno, atau Revuelto dalam versi lebih ‘liar’ dan radikal!
Rekaan Lamborghini Fenomeno


Dari sudut depan, Lamborghini Fenomeno tampil agresif dengan lampu LED tajam, hud bersama komponen aliran udara, serta dua saluran pengeluaran haba yang besar. Bampar pada sudut ini juga direka khas dengan pemisah udara (splitter) yang sewarna dengan badan dan dua corong pengudaraan yang besar.

Dari sisi, Fenomeno kelihatan sangat rendah, setiap panel sisi diubah dengan pemasangan dua saluran kemasukan udara besar di belakang pintu, berbeza daripada Revuelto.



Bahagian belakang dipasangkan dengan penutup enjin jenis karbon sepenuhnya bersama lampu belakang berbentuk Y yang menegak menggantikan reka bentuk melintang pada Revuelto. Empat ekzos terletak di tengah menyempurnakan aura garang pada sudut ini.
Ruang Kabin Kekal ‘Revuelto’


Walaupun luaran Fenomeno diberikan perubahan yang ketara, bahagian dalamnya masih mengekalkan susun atur papan pemuka, stereng, konsol tengah dan paparan digital yang sama seperti Revuelto.
Jentera Hibrid PHEV V12 Yang Dipertingkat
Fenomeno menggunakan enjin V12 6.5 liter yang telah diberikan penambahbaikan, sama seperti Revuelto tetapi dengan talaan baharu menghasilkan kuasa 833 hp (lebih 19 hp). Dengan bateri 7 kW yang lebih besar, jumlah kuasa gabungan mencecah 1,065 hp dengan jarak pemanduan elektrik yang meningkat kepada 20 km.

Dengan sistem trenkuasa ini, Fenomeno mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 2.4 saat, 0.1 saat lebih pantas daripada Revuelto, dengan had kelajuan maksimum elektronik 350 km/j yang masih sangat mengagumkan.
Terhad Hanya 29 Unit

Lamborghini hanya menghasilkan 29 unit Fenomeno dan setiap sebuah dilaporkan berharga sekitar €3 juta (~RM14.75 juta). Dengan jumlah pengeluaran yang sangat terhad, nilai supercar ini dijangka meningkat tinggi apabila dilelong di masa depan.
Baca: Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP


Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP6842
SELANGOR
BST6169
JOHOR
JE796J
PULAU PINANG
PSF4776
PERAK
APL4181
PAHANG
CFH7030
KEDAH
KGJ371
NEGERI SEMBILAN
NEL7951
KOTA KINABALU
SJU480
KUCHING
QAB5461P
Terakhir Kemas Kini 14 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lamborghini Revuelto Versi PHEV Dilancarkan – Hypercar PHEV V12, Cecah 1,001 HP
Automobili Lamborghini sebentar tadi telah melancarkan Lamborghini Revuelto. Ini spesifikasinya...
01-09-2023
Lamborghini Revuelto: HPEV V12 1,000 HP Didedahkan!
Syarikat pengeluar kereta sport mewah dari negara Itali, Lamborghini, kini telah secara rasminya memasuki era baharu, era elektrik dengan pendedahan model V12 terkini.
30-03-2023
Porsche 911 Club Coupe Edisi Terhad 70 Unit, Sambut 70 Tahun Porsche Club of America
Porsche meraikan ulang tahun ke-70 kelab pemilik kereta terbesar dunia, Porsche Club of America (PCA), dengan memperkenalkan model istimewa, Porsche 911 Club Coupe.
07-07-2025
Audi RS7 2022 Exclusive Edition Hanya 23 Unit Di Dunia! Bermula Dari RM737K, Apa Yang Istimewa?
Audi RS7 2022 Exclusive Edition dikeluarkan dalam kuantiti terhad iaitu hanya sebanyak 23 unit di dunia. Ini perinciannya.
12-07-2022
[VIDEO] 50 Unit Terhad Kereta Tanpa Bumbung & Pintu "My Ami Buggy" Terjual Kurang 20 Minit!
Tidak sampai 20 minit, 50 unit keluaran terhad “My Ami Buggy” berjaya dijual!
23-06-2022
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
