Pacific Motor Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Temerloh
Ada berita baik buat orang Pahang kerana Pacific Motor Sdn Bhd baru sahaja membuka cawangan Pusat 3S Isuzu di Temerloh, Pahang.
Pusat 3S Isuzu Temerloh ini yang seluas 7,000 meter persegi mampu menampung semua lori dan trak Isuzu yang datang untuk penyelenggaraan.
Terdapat sekurang-kurangnya enam ruang servis, ruang menunggu yang selesa dan pelbagai fasiliti lain.
Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, kemudahan baharu tersebut bukan sahaja moden tetapi cukup lengkap dan mampu memenuhi keperluan pelanggan.
“Isuzu telah menembusi pasaran Malaysia dengan cara tersendiri, tidak hanya berkaitan jualan tetapi juga dalam membangun reputasi kami sebagai sebuah jenama yang mementingkan penawaran kenderaan berkualiti tinggi, yang boleh diharap serta inovatif.
“Pembukaan kemudahan baharu yang dipertingkatkan seperti di Pusat 3S Isuzu Temerloh ini akan memperkukuhkan lagi sasaran kami untuk memberikan pengalaman terbaik untuk pelanggan dengan jaminan untuk menepati setiap daripada jangkaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman anda, Pahang kekal menjadi lokasi strategik dan penting untuk Isuzu Malaysia dalam membantu trak Isuzu mendominasi 72% pasaran sejak Januari hingga Julai tahun ini, menjadikannya negeri No. 1 bagi perkongsian pasaran oleh syarikat.
Trak pikap Isuzu D-Max juga berjaya menembusi pasaran di Pahang dan berganjak ke kedudukan kedua dalam carta jualan trak pikap.
Jualan bagi model generasi ketiga Isuzu D- Max meningkat naik sebanyak 7.2% antara Januari dan Ogos tahun ini, menyumbang kepada penguasaan pasaran sebanyak 24.4%.
Pusat 3S Isuzu Temerloh ini terletak di Bangunan Tanjung Keramat, Batu 1 Jalan Mentakab dan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPH9224
SELANGOR
BSF8416
JOHOR
JYC4076
PULAU PINANG
PRS134
PERAK
ANX2423
PAHANG
CFC3890
KEDAH
KGB2041
NEGERI SEMBILAN
NEG3623
KOTA KINABALU
SJL5036
KUCHING
QAB6015L
Terakhir Kemas Kini 30 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.07
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2025
Berita Terkini
Gempar, Bom Mortar Dijumpai Di Tepi Lebuh Raya PLUS, Berhampiran Terowong Menora
Bom terbabit sudah pun dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan dibantu UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
30-06-2025
Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa Mulai 1 Julai? Ini Senarainya
Menjelang ketibaan 1 Julai 2025 dalam beberapa jam lagi, beberapa peraturan bakal berkuat kuasa selain pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
30-06-2025
Tambang RTS Link Belum Didedah Kerana Masih Dalam Kajian
RTS dijadualkan siap menjelang Disember 2026 dan beroperasi awal 2027.
30-06-2025
“Saman RM300 Untuk Pemakaian Tali Pinggang Keledar Terlalu Tegas” – Persatuan Bas
Saman RM300 terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres yang tidak memakai tali pinggang keledar bermula 1 Julai ini dilihat sebagai tindakan terlalu drastik.
30-06-2025
Zeekr Tubuh NSC, 8 Bilik Pameran Baharu Bakal Dibuka
Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn Bhd akan mengawal selia operasi, memperluaskan rangkaian pengedar, penjenamaan dan pemasaran termasuk operasi selepas jualan di Malaysia.
30-06-2025
Rapid KL On-Demand: Kini Lebih Banyak Di Pusat Bandar, Berhampiran Universiti
Selain zon pusat bandar, tiga lagi zon turut diperkenalkan melibatkan laluan koridor pendidikan utama.
30-06-2025
Amaran Keras Saman Tertunggak: Tepat 12 Tengah Malam Hari Terakhir 8 Julai, JPJ Akan Ambil Tindakan
"Kita beri jaminan tepat jam 12 tengah malam hari terakhir itu, pasukan JPJ akan berada di jalan raya bagi mengambil tindakan terhadap kenderaan terbabit yang dikesan gagal melangsaikan saman tertunggak, - kata Ketua Pengarah JPJ.
30-06-2025
Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai
Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
29-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat