Program AMA Mercedes-Benz Malaysia Raikan 38 Graduan, 42 Perantis Baharu

Program Advanced Modern Apprenticeship (AMA) oleh Mercedes-Benz Malaysia (MBM) terus membuka peluang kepada anak-anak muda Malaysia yang bercita-cita untuk menjadi juruteknik kereta dengan syarikat terkemuka di dunia.
Baru-baru ini, MBM telah mengumumkan kejayaan seramai 38 graduan program latihan dan kini menyambut 42 pelatih muda baharu bagi tahun 2023.

Menurut Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan, Mercedes-Benz Cars Malaysia SEA II, Edmin Naidoo, program ini telah melahirkan lebih daripada 900 graduan yang kini berkhidmat dalam pelbagai jawatan merentasi pengkhususan yang berbeza dalam rangkaian pengedar rasmi jenama ini.
Seramai 38 pelatih yang berjaya menamatkan program selama tiga tahun ini telah menerima latihan yang menyeluruh dan ditawarkan pekerjaan di dalam syarikat dan rangkaian perkhidmatan untuk tempoh empat tahun akan datang. Program tiga tahun ini memerlukan pelaburan sebanyak RM100,000 setiap pelajar.
Presiden & CEO Mercedes-Benz Cars Malaysia Ketua Wilayah, Mercedes-Benz Cars SEA II, Amanda Zhang berkata, "Di Mercedes-Benz, kami percaya dalam perkembangan berterusan individu, melatih mereka untuk mampu berdiri sendiri dan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik.”

"Matlamat kami adalah untuk memupuk golongan muda Malaysia, membekalkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam industri automotif. Dalam masa yang sama, memastikan kerjaya yang lebih terjamin di masa hadapan. Melalui program ini, kami membina tenaga kerja yang mahir untuk memberikan pengalaman pelanggan dan kualiti kenderaan yang terbaik. Pendidikan adalah satu perkara penting dalam usaha kami untuk mencapai kecemerlangan.”
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.
14-01-2026
Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.
12-11-2025
Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia
Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.
07-11-2025
Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).
10-09-2025
Mercedes-Benz Malaysia Adakan Sesi Latihan Tangani Insiden Kebakaran EV Dengan Bomba
ercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi latihan khas bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
17-07-2024
Mercedes-Benz Malaysia Rai Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Sempena Krismas
MBM raikan kanak-kanak kurang bernasib baik di Rumah Hope sempena sambutan Krismas.
22-12-2023
Mercedes EQE 500 4Matic SUV Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM484K, Jarak EV 552KM!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes EQE 500 4Matic SUV. Ini spesifikasinya...
06-12-2023
Model Coupe Mercedes-AMG GLE & Mercedes-Benz GLC Dilancarkan – Dari RM469K
Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ dan Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC.
07-11-2023
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

