ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Bermaz Auto Kini Pengedar Rasmi EV China, XPeng

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image.png


Sedan XPeng P7


Bermaz Auto Bhd (BAuto) kini memiliki hak eksklusif untuk sebagai pengedar kenderaan, penjual alat ganti dan penyedia perkhidmatan selepas jualan untuk jenama XPeng di Malaysia. 


Perjanjian ini dibuat hasil kerjasama dengan syarikat Shenzhen Xiaopeng Motors Supply Chain Management Co., Ltd., China dan Guangzhou Xiaopeng Motors Trading Co., Ltd., China.


Shenzhen XPeng dan Guangzhou XPeng ialah organisasi yang bertanggungjawab dalam urusan pengedaran dan/atau penjualan EV XPeng, penjualan alat ganti, serta penyediaan perkhidmatan selepas jualan di peringkat global. 


image.png


XPeng G9, EV pertama daripada negara China yang menggunakan  senibina elektrikal yang mampu menampung 800 volt


Kedua-duanya merupakan anak syarikat Guangzhou Xiaopeng Motors Technology Co., Ltd. ("XPeng Motors"), pengeluar jenama EV pintar XPeng yang beribu pejabat di Guangzhou, Guangdong, China dengan pejabat di Mountain View, California, Amerika Syarikat dan Munich, Jerman.


"Kami sangat berbesar hati kerana telah dilantik sebagai pengedar rasmi XPeng untuk [pasaran] Malaysia. Kenderaan jenama XPeng adalah antara EV pintar yang terkenal di China dan di peringkat global. 


EV ini dilengkapi dengan ciri-ciri terkini seperti teknologi pemanduan autonomi, kokpit digital dan bateri berprestasi tinggi. Perisian Navigation Guided Pilot EV XPeng memiliki keupayaan pemanduan autonomi yang mampu bergerak di bandar-bandar besar di negara China seperti Beijing dan Shanghai," kata Ketua Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto, Datuk Francis Lee Kok Chuan. 

image.png

Pengasas dan CEO XPeng, He Xiaopeng, telah menetapkan strategi pengembangan syarikat selama tiga tahun, yang memberi tumpuan kepada rangkaian kenderaan EV pintar sedia ada mereka, termasuk P7i, P5, G9 dan MPV flagship terbaru, X9.

XPeng juga telah membuat pelaburan besar dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kecekapan dan ketercapaian, menyasarkan pengguna kelas pertengahan yang berpengetahuan dalam aspek teknologi. 

Xpeng-Bauto-(5).jpg

XPeng X9

Datuk Francis berkata, "Penambahan pengedaran baru ini akan melengkapkan usaha EV BAuto, yang termasuk Mazda MX-30 dan Kia EV6, membina sinergi positif untuk semua pihak yang terlibat."

Beliau juga menyatakan bahawa penyertaan XPeng adalah selaras dengan inisiatif kelestarian kumpulan, yang menyasarkan untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar dengan memperkenalkan pelbagai kenderaan hijau dan teknologi canggih.

BAuto merupakan salah satu jenama di Malaysia yang komited untuk memperkasakan modal insan dengan menawarkan program latihan EV tempatan dan luar negara. Selain itu, bagi memastikan keselamatan dan kecekapan dalam operasi pembaikan voltan tinggi yang berisiko tinggi, Bermaz Auto telah melabur lebih daripada RM 10 juta dalam peralatan latihan dan inisiatif untuk meningkatkan kemahiran.

Institut Motor Industry di UK juga telah memperakui BAuto Training Schoo sebagai pusat latihan EV yang diluluskan, dan ia bersedia untuk menerima lebih ramai jurulatih dan juruteknik bagi memenuhi permintaan terhadap EV yang semakin meningkat. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9140

SELANGOR

BSU2543

JOHOR

JF3245J

PULAU PINANG

PSG1724

PERAK

APL9464

PAHANG

CFH9373

KEDAH

KGJ3585

NEGERI SEMBILAN

NEM1958

KOTA KINABALU

SJU4372

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Kereta Baru

12-01-2026
Global
Global
Kereta Baru

24-09-2025
Global
Berita Auto

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.