Imej MINI Aceman Bocor Dari Kementerian IT China!


MINI Aceman (kanan) dan Aceman S (kiri)
Foto yang menunjukkan reka bentuk crossover elektrik (EV), MINI Aceman kini tersebar di internet setelah dokumen daripada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China (MIIT) bocor!
Model terbaru daripada MINI ini dijangka akan menghubungkan jurang antara MINI Cooper dan MINI Countryman yang sebelum ini disempurnakan oleh MINI Clubman (yang kini telah dihentikan pengeluarannya). Bagaimanapun, berbeza dengan dua model tersebut, Aceman bakal ditawarkan hanya dalam versi EV.

Kereta konsep MINI Aceman dipertontonkan di Singapore Motor Show 2024 pada bulan Januari lalu.
Aceman kelihatan lebih kecil dan sporty berbanding Countryman terbaru, dengan bentuk badan yang lebih menjurus ke arah hatchback kompak berbanding SUV. Gaya kontemporari MINI jelas terlihat dalam rekaannya, iaitu unit lampu bersudut, gril oktagonal dan fender yang lebih meenyerlah.
Walaupun diberikan beberapa sentuhan baharu, beberapa elemen rekaan ‘klasik’ MINI dikekalkan seperti reka bentuk wraparound greenhouse dan juntaian (overhang) yang rendah.




Lihat perbezaan rekaan antara varian asas Aceman (kiri) dan varian lebih tinggi, Aceman S (kanan). Varian S hadir dengan lampu LED yang lebih menarik dan aksen kuning gangsa pada plat skid.
Varian lebih tinggi, S, kelihatan lebih menarik dengan reka bentuk lampu hadapan yang unik. Selain itu, varian ini turut diberikan aksen berwarna kuning gangsa pada plat skid, serta logo S pada bahagian belakang.
Sebelum imej ini dibocorkan, MINI pernah mendedahkan dimensi badan Aceman yang berukuran 4,075 mm (panjang), 1,754 mm (lebar) dan 1,495 mm (tinggi). Jarak antara rodanya ialah 2,606 mm. Ini bermaksa Aceman menawarkan saiz ruang yang 80 mm lebih luas berbanding model hatchback.

Aceman hanya ditawarkan dalam versi elektrik.
MINI Aceman dibangunkan berdasarkan platform yang sama dengan model MINI Cooper Electric generasi baharu. Varian asas dijangka menghasilkan 181 hp melalui motor elektrik yang dipasang di hadapan, dikuasakan oleh bateri 40.7 kWj.
Sementara itu, Aceman S pula diberikan motor elektrik yang lebih berkuasa, mencecah 215 hp yang dipadankan dengan bateri berkapasiti lebih tinggi, 54.2 kWj. Berdasarkan dokumen dari negara China itu, varian ini memiliki kelajuan tertinggi yang dihadkan secara elektronik pada 170 km/j.

Aceman bakal dilancarkan secara rasmi bulan depan di Auto China 2024 yang akan bermula 24 April ini. Selepas itu, ia akan ditawarkan di pasaran global pada penghujung tahun ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9845
SELANGOR
BST4781
JOHOR
JD6722J
PULAU PINANG
PSF3570
PERAK
APL2819
PAHANG
CFH6385
KEDAH
KGH9062
NEGERI SEMBILAN
NEL7095
KOTA KINABALU
SJT9166
KUCHING
QAB5223P
Terakhir Kemas Kini 06 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Serlahkan Aura Prestij dengan MINI Countryman S ALL4 & Aceman Baharu!
Barisan model MINI di Malaysia terus berkembang dengan pelancaran MINI Countryman S ALL4 baharu yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
27-02-2025
Jom Pandu Uji MINI Aceman Elektrik yang Pertama – Hampir 410 KM, Dari RM213K
MINI Aceman kini hadir dalam versi elektrik (EV) sepenuhnya, mengikuti jejak langkah Cooper dan Countryman yang telah pun ditawarkan di pasaran dengan trenkuasa elektrik.
28-10-2024
MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888
MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.
08-10-2024
Crossover Elektrik, MINI Aceman Didedahkan Menjelang Penampilan Sulungnya di Auto China 2024
Ini dia MINI Aceman yang bakal diperkenalkan semasa Auto China 2024 minggu depan.
21-04-2024
Jom Pandu Uji MINI Aceman Elektrik yang Pertama – Hampir 410 KM, Dari RM213K
MINI Aceman kini hadir dalam versi elektrik (EV) sepenuhnya, mengikuti jejak langkah Cooper dan Countryman yang telah pun ditawarkan di pasaran dengan trenkuasa elektrik.
28-10-2024
Jom Pandu Uji MINI Aceman Elektrik yang Pertama – Hampir 410 KM, Dari RM213K
MINI Aceman kini hadir dalam versi elektrik (EV) sepenuhnya, mengikuti jejak langkah Cooper dan Countryman yang telah pun ditawarkan di pasaran dengan trenkuasa elektrik.
28-10-2024
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat