- Berita
- Berita Auto
- Chery Malaysia Rasmi Kilang Di Shah Alam, Pengeluaran SUV Off-Road Jaecoo J7 Bermula
Chery Malaysia Rasmi Kilang Di Shah Alam, Pengeluaran SUV Off-Road Jaecoo J7 Bermula

Chery Auto Malaysia lancar pembukaan kilang Chery di Shah Alam sebentar tadi.
CHERY Auto Malaysia telah melancarkan pembukaan kilang CHERY Corporate Malaysia Factory di Shah Alam. Operasi kilang dimulakan dengan pengeluaran JAECOO J7, menjadikannya fasiliti pengeluaran pertama di rantau ASEAN yang mengeluarkan model SUV off-road premium ini.
Pengukuhan Pasaran Malaysia
Pengerusi Chery Automobile Co. Ltd, Yin Tongyue, menyatakan bahawa Malaysia adalah pasaran yang sangat penting bagi CHERY dan syarikat itu berhasrat untuk bekerjasama dengan rakan-rakan tempatan dan berkhidmat kepada pelanggan dalam jangka masa panjang.


Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) dan Pengerusi Chery Automobile Co. Ltd, Yin Tongyue (kanan)
Majlis pelancaran ini turut disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT), Dr Jin Zhuanglong.
Peningkatan Peluang Pekerjaan


Kilang Chery di Shah Alam ini membuka 500 peluang pekerjaan.
Pembukaan kilang ini telah mencipta 500 pekerjaan baharu dengan potensi perkembangan seiring dengan permintaan pasaran. Terletak di zon perindustrian Shah Alam, kilang ini beroperasi berhampiran pengeluar tempatan yang penting kepada rantaian bekalan dan tidak jauh daripada pelabuhan utama Malaysia, memudahkan eksport ke rantau ASEAN pada masa hadapan.
Sokongan Kepada Pasaran Tempatan

Pengeluaran secara tempatan (CKD), Jaecoo J7 kini telah dimulakan secara rasmi.
Pelancaran kilang ini mengukuhkan lagi rantaian nilai CHERY dan rangkaian kenderaan JAECOO kepada pelanggan. CHERY juga berhasrat untuk membekalkan kenderaan terbaik dalam kelasnya yang dilengkapi dengan teknologi inovatif dan pengalaman pelanggan terbaik ke pasaran Malaysia.
Fokus Terhadap Pengeluaran Kenderaan Elektrik


CHERY turut menyokong pertumbuhan kenderaan elektrik di Malaysia dengan pengenalan beberapa model EV seperti model hibrid plug-in (PHEV) Tiggo 8 Pro dan JAECOO J7 serta model elektrik sepenuhnya, JAECOO J6 semasa Malaysia Autoshow 2024.
Untuk makluman, Jaecoo J7 ditawarkan di pasaran Malaysia dalam dua varian iaitu varian pacuan semua roda (AWD) dan pacuan dua roda (2WD). Pelancaran rasmi model ini dijadualkan pada Julai tahun ini dengan harga jualan yang dianggarkan sekitar RM150,000. Kehadiran model ini nanti akan menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertama di rantau ini dan juga pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) pertama yang menerima Jaecoo J7.
Model ini sempat kami pandu uji Malaysia 4WD Training and Experience Centre (M4TREC), Semenyih baru-baru ini. Untuk ulasannya, boleh klik JAECOO J7 Bukan Sahaja SUV Mewah Tapi Kereta 2 ALAM?
Untuk maklumat lanjut mengenai CHERY Auto Malaysia, layari www.chery.my atau kunjungi laman Facebook rasmi Chery Malaysia. Untuk maklumat mengenai JAECOO, kunjungi www.jaecoo.com.my atau platform sosial JAECOO Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRE7960
SELANGOR
BSR3762
JOHOR
JYB8413
PULAU PINANG
PSD5181
PERAK
APJ5829
PAHANG
CFG9763
KEDAH
KGG8340
NEGERI SEMBILAN
NEK8124
KOTA KINABALU
SJS8294
KUCHING
QAB1419P
Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
8 Sami Maut Dirempuh Trak Pikap Dipandu Budak 11 Tahun
Angkara budak 11 tahun, nyawa 8 sami melayang dalam sekelip mata.
02-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi
Smart Lane Kurangkan 50% Kesesakan, Kadar Kemalangan Juga Rendah.
02-07-2026
Padah Percaya Aplikasi Penunjuk Arah Warga China' Masuk Gaung 7 Meter
Kesemua mangsa mengalami kecederaan.
02-07-2026
Lagi Maut Angkara Tayar Di Atas Jalan Raya
Seorang anggota polis maut akibat terjatuh dan terseret di jalan raya ketika motosikalnya melanggar tayar lori yang dipercayai tercicir.
02-07-2026
Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung
Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.
01-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
BMW Clubhouse– Tampil Model Baharu BMW & M.
01-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

