BMW Masih Jenama Kenderaan Premium Nombor 1

BMW Group Malaysia melabuhkan tirai tahun 2023 dengan menyerahkan sebanyak 15,012 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad.
Ini memperkukuhkan kedudukan syarikat BMW sebagai Pengeluar Kenderaan Premium Nombor Satu di Malaysia untuk tahun yang keempat secara berturut-turut.

Berdasarkan pecahan angka, lebih 3,600 unit kenderaan elektrik (EV) BMW, MINI dan BMW Motorrad sudah diserahkan dimana 24.5% daripada seluruh bilangan penyerahannya itu bersamaan dengan pertumbuhan sebesar 136% berbanding tahun lepas.
Selain itu, MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia merekodkan pertumbuhan sebesar 42% dengan lebih daripada 1,700 kenderaan yang berjaya diserahkan.

BMW Motorrad pula menyaksikan pertumbuhan sebanyak 13% dengan lebih 1,500 motosikal yang diserahkan.
Ini bermakna terdapat peningkatan hampir 4% dalam bilangan penyerahan yang merentasi seluruh portfolio BMW Group dari tahun 2022.
Sementara itu, Naib Presiden, Ketua MINI Rantau Asia, Eropah Timur, Timur Tengah, Afrika di BMW Group, Pierre Jalady berkata, pihaknya melakar kejayaan yang cemerlang berikutan barisan kenderaan BMW yang sedia ada dalam pasaran automotif premium tempatan.
“Kita dapat menyaksikan model-model kenderaan BMW i mencatatkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan, khususnya melalui perungkaian BMW iX1, BMW iX, BMW i7, MINI Electric dan jentera elektrik yang sulung dalam arena Mobiliti Urban, BMW CE 04.

“Sambutan terhadap kenderaan ini telah membolehkan kita meraih gelaran Pembekal Kenderaan Elektrik Premium Nombor Satu di Malaysia, satu pencapaian yang kita sangat banggakan kerana ia membuktikan matlamat kita untuk mencorak, meneraju dan menjamin masa depan landskap automotif Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi taklimat perniagaan Kumpulan Syarikat tersebut bagi tahun 2024, sebentar tadi.
Difahamkan, prestasi BMW Group di Malaysia sebenarnya mencerminkan kejayaan jenama ini di peringkat global, dengan lebih 2,500,000 kenderaan yang diserahkan merentasi portfolio BMW Group di seluruh dunia sekali gusmenjadi rekod jualan yang tertinggi setakat ini.
Prestasi kenderaan elektrik daripada portfolio BMW Group juga telah berkembang dengan pesat pada tahun 2023, menyumbang kepada 15% daripada seluruh penyerahan yang dibuat oleh BMW Group dengan menekankan peranan rintis pengeluar kenderaan premium ini dalam segmen kenderaan elektrik di serata dunia.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9541
SELANGOR
BSR5747
JOHOR
JA2203J
PULAU PINANG
PSD7450
PERAK
APJ8023
PAHANG
CFH1520
KEDAH
KGH637
NEGERI SEMBILAN
NEK9073
KOTA KINABALU
SJT671
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
BMW Clubhouse– Tampil Model Baharu BMW & M.
01-07-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia
BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.
15-01-2026
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800
BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.
21-07-2025
BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800
Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.
21-07-2025
Berita Terkini
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat