BMW X5, Harga Anggaran RM530K, 489HP

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW X5 xDrive50e M Sport Baharu versi pemasangan secara tempatan (CKD) yang dijual pada harga anggaran sekitar RM530,000.
Hadir dengan pakej M Sport secara standard, BMW X5 xDrive50e menerima beberapa penambahbaikan.


Antaranya dari segi prestasi, tahap efisiennya, memuatkan lebih banyak kuasa dengan jarak operasi elektrik yang lebih tinggi.
Menyentuh sedikit mengenai prestasinya, BMW X5 xDrive50e M baharu didatangkan dengan rangkaian kuasa PHEV dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 489 hp – iaitu 96 hp lebih tinggi berbanding model terdahulunya.



Malah, torknya juga kini lebih tinggi iaitu berjumlah 700 Nm. Dengan adanya gabungan enjin petrol enam sebaris 3.0 liter serta motor elektriknya, ini membolehkan BMW X5 xDrive50e M Sport baharu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 4.8 saat.


Untuk makluman anda, kuasa elektrik jentera PHEV ini juga telah dinaik taraf, dimana ia kini memberikannya jarak operasi elektrik sejauh 110 km (WLTP).

Selain penambahbaikan sebanyak 7.4 kW dalam aspek pengecasan, jentera ini juga bole dicas dari 0-100% hanya dalam tempoh 4.5 jam.
Menjengah bahagian kabinnya, terdapat BMW Curved Display bersaiz 14.9 inci dengan kluster paparan digital penuh yang boleh diakses pemandu.


Tidak ketinggalan BMW Operating System 8.5 termasuk BMW Live Cockpit Professional dan panel instrumen BMW yang menyokong pelbagai kaedah interaksi di antara pengguna dan kenderaan ini melalui iDrive Controller, suara, sentuhan atau dengan menggunakan Gesture Control.
antara kelengkapan lain ialah Light Bar manakala sistem bunyi keliling Harman Kardon turut didatangkan secara standard.
Konsol tengah kini menampilkan tata atur baharu serta butang fungsi sentuh tambahan, dan penukaran gear kini dibuat dengan (rocker switch).

Sementara itu, ciri-ciri standard tambahan bagi SAV ini juga terdiri daripada BMW Comfort Access, Driving Assistant Professional, Parking Assistant Professional, berserta warna eksterior Black Sapphire, Manhattan, Mineral White, dan Skyscraper Grey, di samping upholsteri interior "Merino", daripada famili BMW Individual Extended Leather, yang hadir dengan dua pilihan warna – Black dan Tartufo, kedua-duanya mencerminkan susuk atletik dan kemewahan moden BMW X5 xDrive50e M Sport baharu.

Sehubungan itu, para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW bertauliah pilihan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW X5 xDrive50e M Sport baharu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat