Jenama EV Mewah China, Zeekr, Masuki Pasaran Singapura Separuh Kedua 2024
-full.webp)
Zeekr bakal memasuki pasaran automotif Singapura pada separuh kedua tahun ini
Jenama kenderaan elektrik (EV) premium Zeekr, sebuah syarikat automotif di bawah Geely akan membuat kehadiran rasminya di pasaran Singapura pada separuh kedua (H2) tahun ini.
Syarikat EV China ini akan memperkenalkan model crossover SUV Zeekr X dan MPV Zeekr 009 di negara tersebut, dengan penghantaran dijangka bermula pada penghujung tahun 2024, lapor Reuters.


SUV elektrik segmen B, Zeekr X
SUV Zeekr X merupakan sebuah crossover segmen B yang dibangunkan berdasarkan platform SEA sama seperti smart #1. Untuk pasaran China, SUV ini ditawarkan dengan pilihan enjin satu motor RWD dan enjin dua motor AWD dengan kuasa sehingga 469 HP (350 kW).
Dari segi bateri, semua varian Zeekr X menggunakan bateri NMC 66-kWh, memberikan jarak EV maksimum sehingga 560 KM (CLTC). Seperti smart #1, Zeekr X menyokong input pengecasan AC 22 kW dan DC 150 kW.

MPV elektrik, Zeekr 009
Sementara itu, model kedua yang akan diperkenalkan, Zeekr 009, merupakan sebuah produk andalan atau flagship bagi jenama ini, yang juga dibangunkan berdasarkan platform SEA Geely. 009 menggunakan dua motor AWD dengan kuasa 536 HP (400 kW), membolehkan pecutan 0-100 KM/J dilakukan dalam masa sepantas 4.5 saat. Model ini dikuasakan oleh bateri 116-kWh atau 140-kWh yang dibekalkan oleh CATL. Dengan cas penuh, Zeekr 009 boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 822 KM (CLTC).

Bagi pasaran Singapura, The Strait Times melaporkan bahawa Zeekr telah melantik Premium Automobiles, yang juga pengedar rasmi kereta Audi di negara tersebut. Syarikat ini bakal membuka bilik pameran pertamanya pada separuh pertama tahun 2024, dengan pelancaran rasmi dan penghantaran produk dijangka berlangsung pada penghujung separuh kedua.


Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz Zafrul sewaktu melawat kilang pengeluaran Zeekr tahun lalu
Dengan kedatangan rasmi Zeekr di negara jiran, timbul persoalan sama ada jenama EV milik Geely ini akan membuka cawangannya di pasaran kita. Sebelum ini, kami pernah melaporkan kemungkinan ketibaan jenama ini sebagai jenama EV milik Geely kedua di Malaysia selepas kunjungan rasmi Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz ke kilang Zeekr di China tahun lalu.
Hasil lawatan tersebut bagaimanapun menunjukkan kecenderungan Zeekr dan Geely untuk bekerjasama dengan pengeluar automotif kebangsaan, Proton, dalam pembangunan teknologi dan ekosistem EV baharu P1 di Malaysia dan bukannya untuk membuat penapakan di negara kita. Namun dengan kedatangan Zeekr di Singapura, mungkin perancangan Geely untuk pasaran Malaysia juga berubah.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5617
SELANGOR
BSU153
JOHOR
JE7720J
PULAU PINANG
PSF8374
PERAK
APL7186
PAHANG
CFH8390
KEDAH
KGJ2580
NEGERI SEMBILAN
NEM748
KOTA KINABALU
SJU2793
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 28 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat