Jom Dengar Pengalaman Pemilik Ford Ranger

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai gaya hidup pemilik Ford Ranger, anda boleh melayari audio “Ford Malaysia: Built for Life” di Spotify bermula 28 Januari ini.
Ia yang diterbitkan oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), tidak hanya memberi tumpuan terhadap spesifikasi teknikal dan maklumat berkaitan industri, sebaliknya audio tersebut lebih memberi perhatian kepada aspek kemanusiaan.
Dibawakan dalam format penyampaian cerita yang menarik dalam bentuk anekdot, wawancara dan perkongsian pengalaman, “Ford Malaysia: Built for Life” menyelongkar kisah dan pengalaman pemilik Ford Ranger dan komuniti mereka.
Bukan hanya pemilik dan peminat lain, siri audio siar ini turut mengundang pakar dalam bidang yang akan berkongsi pandangan, tips berguna, dan kisah-kisah lain yang tidak pernahditemui di mana-mana platform lain.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, audio itu bukanlah sekadar gimik.
“Ia adalah luahan pertalian erat antara Ranger dan komunitinya. Ia menjadi simbol lebih daripada sekadar kenderaan kerana mewakili gaya hidup Ranger yang melibatkan pengembaraan, ketahanan dan semangat meneroka seiring semangat untuk berkomuniti,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman anda, audio itu dihoskan oleh personaliti radio JJ Fernandez. Ia mempunyai enam episod dimana setiap satunya menampilkan kisah berbeza.
Setiap episod akan disiarkan secara langsung di Spotify pada setiap hari Ahad, selama enam minggu bermula dari 28 Januari ini.
Anda boleh mendengar audio itu di http://www.sdacford.com.my/built-for-life-podcast.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.
07-08-2026
Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?
Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.
08-07-2026
Dulu Jadi Teksi KL, Sekarang Kereta Kayangan! Evolusi Dari Golf Mk1 Ke Proton S70
Evolusi Teksi KL.
06-07-2026
KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda
Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.
02-07-2026
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!
PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.
25-06-2026
Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr
Zeekr Dynamic: Himpunan Pemilik Zeekr Serantau Uji Keupayaan EV di SIC!
03-06-2026
Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV
Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.
22-05-2026
Jangan Sampai Minyak Habis, Hubungan Pun 'Kering'
Jangan Panggil Dia Kedekut: Kisah Benar Di Sebalik Tangki Minyak Yang Makin Kurang.
19-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
