Peminat Tegar Dari UK Kumpul 34 Kereta Proton Rare

Seorang lelaki warga United Kingdom (UK), Jon Coupland, mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan koleksi peribadinya yang kini memiliki 34 buah kereta Proton.
Dia yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Protonholic’ di platform Threads mengakui mengagumi nilai serta keunikan jentera buatan Malaysia itu walaupun sesetengah model semakin dilupakan.
Minat mendalam Jon terhadap jenama automotif negara ini dibuktikan menerusi perkongsian terbarunya di media sosial yang terus menjadi tular di kalangan netizen Malaysia.
Misi Memburu Model Rare Kereta Buatan Malaysia
Menerusi hantaran tersebut, Jon memperkenalkan dirinya kepada pengikut baru sambil berkongsi hasrat untuk terus menambah bilangan koleksi kenderaan jenama Malaysia berkenaan.
"Saya Jon dan saya seorang Protonholic. Jika anda baru di sini, saya mengumpul kereta, kebanyakannya Proton. Ketika ini, saya mempunyai 34 buah kereta dalam koleksi yang semakin bertambah, terdiri daripada kenderaan yang sudah dilupakan orang," katanya.
Koleksi kereta Proton di UK milik Jon bukan sahaja unik, malah merangkumi pelbagai model klasik dan nadir (rare) yang sukar ditemui lagi di jalan raya.
Kagum Lihat Proton Satria GTi Masih 'Mint Condition'
Perkongsian Jon meraih reaksi positif daripada warganet tempatan yang kagum dan bangga melihat jenama nasional disanjung tinggi di negara luar.
Salah seorang pengguna Threads, @amruzainalabidin, sempat berseloroh mengenai salah satu model paling ikonik dalam koleksi Jon iaitu Proton Satria Neo GTi.
"Proton GTi dalam keadaan sempurna tidak akan bertahan seminggu di Malaysia melainkan disimpan dalam kubu. Koleksi yang sangat baik," katanya di ruang komen.
Sesebuah model Proton GTi dalam keadaan asal (original mint condition) sememangnya menjadi buruan peminat tegar automotif di Malaysia sehingga hari ini.
Mengapa Jon Coupland Memilih Jenama Proton?
Bagi Jon, keunikan kejuruteraan serta nilai nostalgia yang ada pada model keluaran lama Proton menjadi daya tarikan utama untuk beliau terus memburunya di UK.
Usaha beliau secara tidak langsung mempromosikan sejarah industri automotif Malaysia di mata dunia, sekali gus membuktikan jentera tempatan mempunyai pengikut tersendiri di peringkat antarabangsa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV8036
SELANGOR
BSU6256
JOHOR
JG4251J
PULAU PINANG
PSG8253
PERAK
APM5038
PAHANG
CFJ2446
KEDAH
KGJ6029
NEGERI SEMBILAN
NEM4045
KOTA KINABALU
SJU7284
KUCHING
QAB8396P
Terakhir Kemas Kini 27 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Peminat Tegar Dari UK Kumpul 34 Kereta Proton Rare
Protonholic bukan dari Malaysia tapi UK.
27-10-2026
Shell V-Power Tunaikan Hasrat Peminat F1
Shell V-Power membawa peminat sukan permotoran Malaysia mendekati pasukan Scuderia Ferrari HP.
22-10-2026
Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!
Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.
06-10-2026
Antara Hobi Dan Nyawa: Bila Hobi Sihat Menjadi Tragedi Berdarah
Elakkan berbasikal waktu malam.
22-08-2026
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.
07-08-2026
Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?
Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.
08-07-2026
Dulu Jadi Teksi KL, Sekarang Kereta Kayangan! Evolusi Dari Golf Mk1 Ke Proton S70
Evolusi Teksi KL.
06-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

