Kes Mercedes-Benz EQB Terbakar, Rupanya Pengendali Stesen Tiada Lesen
-full.jpg)
Sebuah kereta elektrik (EV), Mercedes-Benz EQB, telah dilaporkan terbakar semasa dicas di sebuah pusat pameran Mercedes-Benz di Johor Bahru pada 31 Disember 2023.
Pihak Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) semalam telah mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian sebuah kereta elektrik, Mercedes-Benz EQB, yang terbakar semasa kenderaan tersebut dicas di sebuah pusat pameran Mercedes-Benz di Johor Bahru.
Melalui kenyataan tersebut, penemuan awal ST menunjukkan bahawa stesen cas EV (EVCS) yang berkenaan dikendalikan oleh sebuah syarikat tanpa lesen. ST menambah bahawa aktiviti bekalan tenaga hanya boleh dilakukan dengan lesen yang sah, selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1999 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Dalam kebakaran tersebut, EQB yang terlibat hangus, sementara premis yang berkeluasan 256 meter persegi pula terbakar kira-kira 5%, selain turut memusnahkan kira-kira 20% kemudahan di ruang pengecas EV.
Dalam kenyataan yang sama, ST menambah bahawa siasatan untuk menentukan punca kebakaran masih diteruskan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa semua pihak yang bertanggungjawab, termasuk syarikat tanpa lesen yang terlibat, akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Berdasarkan maklumat daripada laman web ST, setakat ini hanya terdapat 222 lokasi pengecas EV yang telah menerima lesen untuk beroperasi secara sah. Portal PLANMalaysia pula melaporkan yang sebaliknya, kerana menunjukkan bahawa terdapat 600 lokasi pengecas di seluruh negara. Bagaimana ini boleh berlaku? Dan mengapa proses untuk mendapatkan lesen ini mengambil masa begitu lama?
Kenyataan daripada ST diakhiri dengan pihaknya menggalakkan orang ramai agar menyalurkan maklumat mengenai kes-kes seperti ini melalui sistem eAduan ST dengan menghubungi 03-8870 8800, atau dengan menghantar e-mel ke eaduan@st.gov.my.
-full.jpg)
-full.jpg)
Kes kebakaran yang viral di pusat pameran Mercedes-Benz Johor Bahru itu bukan sahaja memusnahkan sebuah kereta tetapi juga sebahagian premis. (Sumber: Facebook)
Kebakaran di Johor Bahru ini berlaku hanya beberapa minggu selepas kejadian viral lain yang melibatkan Tesla Model Y yang dibeli daripada saluran pengimport (grey importer) terbakar di Puchong, Selangor.
Walaupun kejadian sebegini jarang berlaku, kebakaran EV boleh berlaku dari semasa ke semasa dan sukar untuk dikawal atau dipadamkan sekiranya membabitkan bateri. Sekiranya kebakaran bateri berlaku, peralatan dan teknik pemadam kebakaran khas diperlukan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1627
SELANGOR
BSU2839
JOHOR
JF3863J
PULAU PINANG
PSG2160
PERAK
APL9760
PAHANG
CFH9475
KEDAH
KGJ3815
NEGERI SEMBILAN
NEM2131
KOTA KINABALU
SJU4548
KUCHING
QAB7237P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge