Lemon Law Perlu Dilaksanakan Demi Lindungi Pengguna

Kerajaan berkemungkinan besar akan mewujudukan “lemon law”untuk melindungi pengguna dalam hal ehwal pembelian kenderaan.
Bagi yang tidak tahu Lemon Law adalah undang-undang yang melindungi produk pengguna yang mempunyai jangka hayat melebihi enam bulan seperti kenderaan, bagi menangani isu kerosakan sedia ada serta kemungkinan berlakunya kemalangan dan menanggung kerugian akibat daripada kerosakan tersebut.
Ini bermakna, pengguna mempunyai pilihan untuk meminta pembaikan atau penggantian, dan jika itu tidak mungkin, minta pengurangan harga, atau bahkan bayaran balik.
Apa yang menyedihkan, undang-undang ini belum ada di Malaysia.

Bercakap mengenai perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali mengakui pihaknya masih berada di peringkat awal untuk menyemak dan menyelidik bagi mewujudkan Lemon Law.
Menurutnya, Malaysia aktif menangani isu perlindungan pengguna berkaitan kenderaan rosak dan menganalisis amalan antarabangsa sebelum menyesuaikannya untuk kegunaan tempatan.
Buat masa ini, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang diguna pakai Malaysia turut melindungi pengguna daripada kenderaan rosak.
“Akta itu melindungi pengguna berkait kenderaan rosak dalam beberapa cara, walaupun ia bukan secara jelas ‘lemon law’ dan tidak menawarkan remedi khusus seperti pembelian semula kereta untuk kerosakan tidak boleh dibaiki.
“Ia menyediakan pelbagai peruntukan yang boleh digunakan untuk menangani masalah kenderaan rosak,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) supaya “lemon law” diperkenalkan.

Desakan itu dibuat apabila seorang pembeli Perodua Bezza panik kereta yang baru dibeli rosak dan satu lagi kes yang membabitkan model Honda.

Jika dibandingkan Lemon Law di Singapura, pengguna boleh:
• Boleh membuat tuntutan produk yang rosak (yang dibeli dalam tempoh 6 bulan).
• Penjual produk perlu baiki, gantikan, bayar balik atau mengurangkan harga produk yang rosak
• Pastikan produk yang rosak dibaiki/diganti dalam tempoh masa yang ditetapkan tetapi kos ditanggung penjual.
• Harga dikurangkan jika penjual gagal untuk membaikinya.

Bagi penulis, kerajaan perlu memperkenalkan Lemon Law untuk memastikan penjual kereta terpakai bertanggungjawab bagi kerosakan produk mereka.
Apa pula pandangan anda? Adakah kita perlukan “Lemon Law” di Malaysia?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law
RHB Investment Bank Bhd memberi komen bahawa cadangan untuk menggabungkan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dilihat sebagai satu langkah positif.
13-10-2025
"Tak Perlu 'Lemon Law' Sebab Undang-Undang Sedia Ada Sudah Cukup." – Pakar Undang-Undang
Pakar berpendapat undang-undang perlindungan pengguna sedia ada di Malaysia sudah cukup untuk melindungi pengguna dan tiada keperluan mendesak untuk memperkenalkan 'lemon law' untuk pembeli kenderaan.
30-10-2024
Cadangan Lemon Akan Dibentang Tahun Depan, Sebab Banyak Perkara Perlu Diteliti
Kajian Lemon Law membabitkan pelantikan perunding terdiri daripada pakar perundangan.
04-06-2024
Pembeli Kena TIPU? Kerajaan Kaji Balik LEMON LAW
KPDN bakal melaksanakan kajian kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna untuk menuntut tebus rugi.
11-03-2024
Perlu Ada Keseimbangan Dalam Gubal Undang-Undang Lemon Law
Malaysia masih belum ada lemon law.
04-02-2024
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat