ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perlu Ada Keseimbangan Dalam Gubal Undang-Undang Lemon Law

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Proton menyuarakan sokongan mereka terhadap cadangan melaksanakan lemon law bagi melindungi pengguna dalam hal ehwal pembelian kenderaan terutamanya jika berlaku kerosakan.

Bagi yang tidak tahu Lemon Law adalah undang-undang yang melindungi produk pengguna yang membeli kereta rosak, prestasi buruk atau tidak tahan lama.

Ini bermakna, pengguna mempunyai pilihan untuk meminta pembaikan atau penggantian, dan jika itu tidak mungkin, minta pengurangan harga, atau bahkan bayaran balik

Sebaliknya, pihak pengurusan atasan Proton menegaskan perlu ada keseimbangan apabila menggubal undang-undang “lemon law”.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutf Proton, Roslan Abdullah berkata, pihaknya berharap undang-undang sedemikian turut melindungi pekilang, pengeluar kerana mereka juga adalah pengguna.

image.png

“Kami juga bergantung kepada barang-barang daripada pihak lain dan terdedah kepada anasir-anasir seperti mana pengguna lain,” katanya.

Lemon law kembali menjadi hangat apabila ada beberapa pengguna berhadapan dengan kes pembelian kereta baharu yang rosak.

Susulan itu, ramai yang melontarkan supaya kerajaan mewujudkan lemon law untuk melindungi para pengguna.

Singapura, Filipina, China, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat antara negara yang mempunyai undang-undang “lemon law”. 

Tambah Roslan, Proton akan mempertimbangkan untuk menawarkan pilihan perkhidmatan dan pembaikan termasuk untuk kenderaannya, yang akan menampung kos pembaikan dan penggantian untuk tempoh masa yang ditetapkan sebagai pertukaran untuk perkhidmatan pelanggan yang lebih baik.

Menurutnya, Proton pada masa ini mempunyai alat ganti selama tiga bulan yang ditempatkan di 155 pusat servis, jualan dan alat ganti di seluruh negara.

Malah, Proton juga sudah bersedia untuk menubuhkan lima lagi pusat alat ganti.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law

Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law

RHB Investment Bank Bhd memberi komen bahawa cadangan untuk menggabungkan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dilihat sebagai satu langkah positif.

13-10-2025
Berita Auto
"Tak Perlu 'Lemon Law' Sebab Undang-Undang Sedia Ada Sudah Cukup." – Pakar Undang-Undang

"Tak Perlu 'Lemon Law' Sebab Undang-Undang Sedia Ada Sudah Cukup." – Pakar Undang-Undang

Pakar berpendapat undang-undang perlindungan pengguna sedia ada di Malaysia sudah cukup untuk melindungi pengguna dan tiada keperluan mendesak untuk memperkenalkan 'lemon law' untuk pembeli kenderaan.

30-10-2024
Berita Auto
Cadangan Lemon Akan Dibentang Tahun Depan, Sebab Banyak Perkara Perlu Diteliti

Cadangan Lemon Akan Dibentang Tahun Depan, Sebab Banyak Perkara Perlu Diteliti

Kajian Lemon Law membabitkan pelantikan perunding terdiri daripada pakar perundangan.

04-06-2024
Berita Auto
Pembeli Kena TIPU? Kerajaan Kaji Balik LEMON LAW

Pembeli Kena TIPU? Kerajaan Kaji Balik LEMON LAW

KPDN bakal melaksanakan kajian kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna untuk menuntut tebus rugi.

11-03-2024
Berita Auto
Lemon Law Perlu Dilaksanakan Demi Lindungi Pengguna

Lemon Law Perlu Dilaksanakan Demi Lindungi Pengguna

Bilakan Lemon Law akan dilaksanakan?

18-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto
Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto
KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.