Maybank IB Dedah Cabaran Sektor Automotif Tahun 2024, BAuto Model Kewangan Terbaik
Maybank Investment Bank (Maybank IB) meramalkan bahawa industri automotif Malaysia akan berhadapan dengan cabaran pada tahun 2024, lapor Bernama.
Satu halangan utama yang akan dihadapi adalah cukai barang nilai tinggi (HVGT) dan kadar cukai perkhidmatan yang lebih tinggi, yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2024. Skim percukaian baru ini akan memberi kesan kepada penjualan kenderaan premium.
Maybank IB turut menyenaraikan faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi industri, seperti rasionalisasi subsidi. Firma penyelidikan itu juga meramalkan peningkatan kadar cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan yang sekaligus akan menaikkan kos pemilikan kenderaan dan memberi kesan kepada penjualan kereta baharu.
EV Chery Omoda E5
Bagi tahun 2024, secara umumnya, dua perkara utama yang perlu diberikan perhatian dalam industri automotif adalah trend penggunaan model agensi (berbanding model pengedar) serta peningkatan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV).
Bank pelaburan itu meramalkan jumlah keseluruhan industri (TIV) tahun ini akan stabil pada 650,000 unit, penyusutan tahun ke tahun (Y-O-Y) sebanyak 19% selepas mencatatkan pertumbuhan selama dua tahun berturut-turut. Walaupun demikian, Malaysia telah menjadi destinasi pilihan bagi pelabur langsung asing (FDI) daripada pengeluar automotif global seperti Volvo, Stellantis, Tesla dan Chery.
Syarikat automotif Mercedes-Benz, BMW, Porsche, Audi dan Dong Feng pula berhasrat untuk membuat pemasangan kenderaan secara tempatan (CKD) bagi pasaran domestik dan eksport, Maybank IB percaya bahawa kemasukan FDI akan memberi kesan positif jangka panjang kepada industri, bergantung kepada kedudukan pengeluar automotif ini dalam rantaian bekalan.
"Bagaimanapun, bagi pemain tempatan dalam rantaian pengeluaran dan pengedaran, kami menjangkakan persaingan sengit pada 2024, yang berpotensi memberi kesan kepada margin mereka. Ini mengambil kira pelancaran produk baharu, termasuk jenama atau model EV berjadual sepanjang tahun," katanya.
Namun demikian, Maybank IB mengekalkan penilaian "neutral" untuk sektor automotif. Pada masa yang sama, pihaknya memilih syarikat seperti Bermaz Auto Bhd (BAuto) kerana memiliki asas yang kuat, kedudukan kewangan yang kukuh, aliran tunai yang teguh dan hasil dividen yang menarik melebihi 8%.
“Walaupun kami menjangkakan normalisasi tahun ke tahun dalam TIV, unjuran kami untuk pertumbuhan pendapatan BAuto bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2024, kekal disokong dengan baik oleh permintaan kukuh yang berterusan untuk Mazda.
“Tambahan pula, potensi penambahan pengedar EV baharu boleh meningkatkan lagi portfolionya," katanya.
BAuto dijangka akan mewujudkan pengedar EV baharu selepas melepaskan statusnya sebagai pengedar jenama Peugeot. Maklumat lanjut mengenai usaha jenama EV baru BAuto akan didedahkan dalam beberapa minggu akan datang, dijangka selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPM5672
SELANGOR
BSG7762
JOHOR
JYE5047
PULAU PINANG
PRT1087
PERAK
ANY7255
PAHANG
CFD724
KEDAH
KGB6459
NEGERI SEMBILAN
NEG6404
KOTA KINABALU
SJL9999*
KUCHING
QAB8491L
Terakhir Kemas Kini 05 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Semakin Ramai Guna EV di ASEAN, Lebih 10,000 Unit EV Terjual di Malaysia Tahun Lalu
Peningkatan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di ASEAN dipercepatkan oleh kedatangan model-model baharu dari negara China.
15-04-2024
BIMS 2025: SUV Elektrik Deepal S05 Kini Rasmi Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
Deepal S05 rasmi dilancarkan di Thailand. Ini spesifikasinya...
26-03-2025
Persaingan Terlalu Sengit, BAuto Berdepan Tekanan Pasaran
Bermaz Auto Bhd (BAuto), pengedar jenama Mazda, Kia, XPeng dan Deepal, menjangkakan cabaran lebih besar dalam pasaran automotif Malaysia.
14-03-2025
Bermaz Auto Kini Pengedar Rasmi EV China, XPeng
Bermaz Auto Bhd (BAuto) mengumumkan bahawa syarikatnya telah dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik (EV) jenama XPeng di Malaysia
15-03-2024
Diserap Masuk Mazda, Kia, Peugeot! Bermaz Auto Rai 159 Graduan Program Perantis
Seramai 159 pelajar Program Perantisan Bermaz Auto Berhad telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang.
09-10-2023
Diskaun Istimewa Untuk Mazda, Kia & Peugeot! Jom Ke BAuto Vehicle Showcase!
BAuto Vehicle Showcase kini kembali dengan pelbagai tawaran menarik.
31-05-2023
Bermaz Auto Ingin Tumpu EV, Pertimbangkan XPeng, Dongfeng, dan Geely
Bermaz Auto (BAuto) sedang merancang untuk memasuki pasaran kenderaan elektrik (EV).
10-05-2023
[PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama
Ini pandangan jujur kami tentang Peugeot 3008 dan 5008.
13-03-2023
Berita Terkini
Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini
Kenderaan elektrik (EV) kedua Proton yang dinanti-nantikan ramai, Proton e.MAS 5, bakal membuat kemunculan di seluruh Malaysia melalui siri jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5.
05-08-2025
Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025
Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.
05-08-2025
Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut
Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.
05-08-2025
Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal
Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.
05-08-2025
Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan
Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.
04-08-2025
2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM
Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.
04-08-2025
Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat
Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.
04-08-2025
Toyota Yaris Cross Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia
Beberapa tahun selepas kemunculan sulung Toyota Yaris Cross platform DNGA khusus untuk pasaran ASEAN, SUV crossover segmen B ini akhirnya menjalani ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP.
04-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat