ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Negara Jiran Dah Dapat EV9, M'sia Bila Lagi?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pameran 2024 Singapore Motorshow (SGMS) turut menyaksikan beberapa model baharu mendarat di negara republik itu.

Selain BMW X2 baharu, pameran berkenaan turut mengalu-alukan kedatangan SUV Kia EV9 versi elektrik yang sudah dibawa masuk ke pasaran Singapura pada bulan ini.

Hanya ditawarkan dalam satu varian tunggal iaitu GT-Line, ia akan didatangkan dengan kemasan khas GT di bahagian luarannya.

image.png

Antara peralatan yang terdapat pada SUV ini ialah kit badan Gt-Line, rim aero 19 inci, lampu depan LED, gril dengan lampu corak, kamera di cermin sisi, pemegang pintu tersembunyi,  bumbung panaromik dan sebenarnya ada banyak lagi ciri lain.

Ia berukuran sepanjang 5,015 mm, selebar 1,980 mm dan setinggi 1,780 mm manakala jarak roda pula 3,100 mm.

SUV ini turut menawarkan tiga barisan tempat duduk.

image.png

Untuk pasaran Singapura, ia didatangkan dengan susun atur  enam tempat duduk iaitu konfigurasi  2-2-2.

image.png

Bagaimanapun, pelanggan boleh juga memilih kerusi kapten di barisan tempat kedua dimana ia boleh dipusingkan 180 darjah.

image.pngimage.png

Selain mengenai kerusinya, bahagian dalamannya menawarkan beberapa amenity lain seperti paparan infotainmen bersaiz 12.3 inci dengan kluster instrumen digital 12.3 inci, sistem audio Meridien 14-speaker, kawalan pendingin di barisan tempat duduk kedua dan ketiga.

Dari segi bateri, EV9 GT-Line disumbat dengan pek bateri polimer litium-ion 99.8-kWh serta dua motor elektrik sekali gus membolehkannya ia menghasilkan kuasa setakat  380 hp dan  700 Nm.

Walaupun saiznya besar, ia dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam enam saat dan mencapai laju maksimum 200 km/j.

image.png

Ia juga boleh bergerak sejauh  512 kilometer dengan sekali cas.

Mengenai pengecasan pula, dengan AC, ia boleh mengecas  sehingga 11 kW (10-80% dalam masa lapan jam tujuh minit), sementara DC hingga 350 kW (10-80% Soc dalam masa 24 minit).

SUV elektrik ini dijual pada harga RM1 juta di Singapura namun harganya itu tidak termasuk dengan Sijil Hak Milik Kenderaan (COE).

image.png

Jika negara jiran kita seperti Singapura dan Indonesia sudah menerima Kia EV9, nampaknya ia juga akan dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1547

SELANGOR

BSS7258

JOHOR

JC4217J

PULAU PINANG

PSE6842

PERAK

APK6538

PAHANG

CFH4510

KEDAH

KGH5386

NEGERI SEMBILAN

NEL4351

KOTA KINABALU

SJT5374

KUCHING

QAB4032P

Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

12-12-2025
Global

04-12-2025
EV

28-02-2025
Pandu Uji

08-02-2025
Pandu Uji

14-01-2025
Global

20-12-2024
Kereta Baru

04-12-2024
EV

22-11-2024

Berita Terkini

Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Global

Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu

Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang Smart #2 Serba Elektrik.

20-07-2026
Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.