ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

OKU Boleh Guna Bas & Rel Dengan Percuma, Kad OKU Smile Diperkenalkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Rel RapidKL (Gambar hiasan)


Bermula bulan Februari ini, Orang Kurang Upaya (OKU) dapat menggunakan semua perkhidmatan rel dan bas di bawah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) secara percuma. 


Program ini direalisasikan dengan penawaran pas khas, OKU Smile yang  kini sudah mula ditawarkan kepada semua pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada dan juga pemohon baharu. 


Melalui satu perkongsian yang dibuat di Instagram, @myrapidkl memaklumkan orang ramai cara untuk mendapatkan kad perjalanan percuma, OKU Smile:


CARA UNTUK MENDAPATKAN  PAS OKU SMILE SEKIRANYA BELUM MEMILIKI KAD KONSESI OKU PRASARANA


Anda boleh mendapatkan Kad Konsesi OKU Prasarana daripada kaunter pendaftaran konsesi berikut:

  • Rapid KL: Hab Pasar Seni atau Stesen MRT Conlay (MRT Laluan Putrajaya)
  • Rapid Penang: Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit), Terminal Bas Weld Quay, Komtar, Bukit Jambul, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Kompleks Dato Kailan Kepala Batas dan Penang Sentral. 
  • Rapid Kuantan: Terminal Hentian Bandar.


Anda perlu membawa bersama dokumen berikut:

  • Kad pengenalan 
  • Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (KJM) 


Proses untuk mendapatkan kad ini mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit.


Anda juga boleh membuat permohonan kad konsesi ini melalui portal myrapid.com.my. Pemohon perlu memuat naik salinan kad pengenalan, kad OKU JKM dan gambar berukuran pasport berlatar belakang putih atau biru. Proses penghasilan kad mengambil masa tiga hari waktu bekerja sekiranya permohonan lengkap. 


Pemohon akan dikenakan caj hanya RM5 untuk kos pengeluaran kad. Nilai tersebut akan dikreditkan ke dalam kad dan nilai minima ini perlu dikekalkan untuk memanfaatkan pas.


CARA UNTUK MENDAPATKAN  PAS OKU SMILE SEBAGAI PEMEGANG KAD KONSESI OKU PRASARANA SEDIA ADA


Anda boleh membuat langganan atau mengaktifkan pas OKU Smile di mana-mana kaunter Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas terpilih seperti:


  • Hab bas Rapid KL: Pasar Seni, Chow Kit, KLCC, Sri Nilam, Puchong Utama, Pearl Point, Sunway Pyramid, Greenwood dan Seksyen 2 Shah Alam.
  • Hab bas Rapid Penang:  Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit), Terminal Bas Weld Quay, Komtar, Bukit Jambul, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Kompleks Dato Kailan Kepala Batas dan Penang Sentral. 
  • Hab Bas Rapid Kuantan: Hentian Bandar Kuantan


Untuk menggunakan pas ini, anda perlu memastikan baki minima kad ialah RM5. Untuk pemegang kad yang telah tamat tempoh, dapatkkan permohonan untuk kad baharu. 



"Prasarana juga berhasrat untuk menyampaikan maklumat mengenai produk ini dengan mengadakan siri jelajah ke beberapa persatuan OKU. Di samping itu, kaunter pendaftaran bergerak akan diwujudkan untuk memudahkan golongan ini dalam memohon kad OKU Prasarana semasa siri jelajah berlangsung," ujar kenyataan tersebut.


Pengenalan pas khas ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada 21 Disember tahun lalu.


thumb-oku-smile.png


Maklumat lanjut mengenai pas OKU Smile boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi www.myrapid.com.my atau melalui platform media sosial Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.


Pengguna yang memerlukan bantuan atau ingin membuat sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03-78852585, Rapid Penang di 04-255 8000, atau Rapid Kuantan di 09-5663686/019-3858607.


bas-prasarana-rapidkl.png


Bas Rapid KL (Gambar hiasan)


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW7926

SELANGOR

BSP7495

JOHOR

JYW2126

PULAU PINANG

PSC476

PERAK

APH2743

PAHANG

CFG4280

KEDAH

KGF7189

NEGERI SEMBILAN

NEK3364

KOTA KINABALU

SJR7558

KUCHING

QAB7231N

Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-09-2025
Berita Auto

28-06-2025
Berita Auto

07-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Dilanda Banjir

Warga kota dinasihatkan tidak meredah banjir.

08-05-2026
Berita Auto

Jalan Bukit Bintang Ditutup Sempena program Quranic Madani malam ini

Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini.

08-05-2026
Berita Auto

Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu

Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.

08-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.

06-05-2026
Berita Auto

Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.

06-05-2026
Berita Auto

Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton

Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.

06-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.