Prototaip Honda Civic RS Dipamerkan – Ini Perinciannya...
-full.jpg)
Prototaip Honda Civic RS telah dipamerkan di TAS 2024. Laporan mendedahkan bahawa model ini akan memasuki fasa pengeluaran dan dipasarkan di negara Jepun tahun ini.
Semasa acara permotoran besar-besaran Jepun, Tokyo Auto Salon 2024 (TAS 2024), syarikat automotif negara tersebut, Honda, mempamerkan beberapa buah kereta dan salah satunya ialah prototaip hatchback Honda Civic RS.
Dibangunkan berdasarkan model hatchback generasi kesebelas yang terkini, (kod casis: FL), model hatchback yang dipamerkan ini dikatakan akan memasuki fasa pengeluaran tidak dan dijual di negara Jepun tahun ini dan dikategorikan di bawah varian FL5 Type R.
-full.jpg)

-full.jpg)
Varian RS diberikan sentuhan sporty termasuk bampar yang berbeza serta rim aloi 18 inci yang sporty.
Berbeza dengan hatchback versi standard, varian RS tampil lebih sporty dengan logo khas RS yang berwarna merah, ekzos dua corong, bampar hadapan dan belakang yang berbeza dengan elemen aerodinamik. Dari tepi pula dapat dilihat model ini diberikan rim aloi berwarna hitam yang sporty bersaiz 18 inci.
Berbeza dengan Civic RS yang ditawarkan di Malaysia, model ini dilihat tidak memiliki lampu kabus, dan menggunakan gril hadapan bercorak sarang lebah.

Prototaip yang dipamerkan dalam warna hitam satin ini menyerlahkan aura agresif RS.
Prototaip Civic RS yang dipamerkan di TAS 2024 dikatakan menggunakan transmisi manual 6 kelajuan. Ciri ini tidak ditawarkan pada Civic bukan Type R generasi kesepuluh dan kesebelas yang dijual di luar pasaran Jepun dan Amerika Utara.

Buat masa ini, Honda masih belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai enjin Civic RS ini, tetapi sumber mempercayai bahawa ia sama dengan model Civic Si di pasaran Amerika Syarikat.
Honda tidak membuat sebarang pendedahan mengenai jenis enjin yang digunakan pada prototaip ini, namun kebanyakan laporan di internet yakin bahawa ia akan menggunakan enjin petrol turbo 1.5L 4 silinder yang serupa seperti pada model Civic Si pasaran Amerika Syarikat. Di pasaran tersebut, enjin ini boleh menghamburkan kuasa sebanyak 200 HP dengan tork 260 NM.
Honda menjanjikan bahawa Civic RS akan menggunakan casis yang lebih baik, yang “diberikan penambahbaikan demi keseronokan pemanduan.”

Casis yang digunakan pada model akan datang, dijamin lebih baik daripada sebelumnya
Perincian selanjutnya dijangka akan didedahkan apabila mendekati tarikh pelancaran model ini di pasaran Jepun. Buat masa ini, Honda tidak mendedahkan sebarang perancangan untuk menawarkan model ini pasaran luar negara, namun tidak mustahil sekiranya model baharu itu nanti akan ditawarkan oleh saluran pengimport (grey importer).

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA8143
SELANGOR
BSQ4583
JOHOR
JYX5766
PULAU PINANG
PSC6153
PERAK
APH7951
PAHANG
CFG6419
KEDAH
KGG2835
NEGERI SEMBILAN
NEK5283
KOTA KINABALU
SJS1425
KUCHING
QAB9225N
Terakhir Kemas Kini 02 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat