SUV Elektrik GAC Aion Y Plus Dipertontonkan – Lancar Separuh Pertama 2024

Semasa sesi previu eksklusif yang diadakan hari ini, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) telah mempertontonkan buat pertama kalinya, GAC AION Y PLUS, yang merupakan jenama kenderaan elektrik (EV) pertama di bawah syarikatnya. SUV kenderaan elektrik bateri (BEV) ini dijangka akan dilancarkan pada separuh pertama tahun ini.

WTCA telah menandatangani Perjanjian Pengedaran GAC AION pada Januari 2024, yang menandakan pelantikan rasmi WTCA sebagai pengedar tunggal dan eksklusif kenderaan GAC AION di Malaysia.



Model elektrik pertama yang dibawa masuk selepas penandatanganan perjanjian ini, Y PLUS, dibangunkan berdasarkan platform elektik GAC AION (AEP 2.0) yang memberikannya bentuk badan yang lebar, dengan jarak antara roda paling lebar dalam segmennya pada 2750 mm, sekaligus memberikan ruang yang luas terutamanya untuk penumpang belakang, sehingga 1,022 mm.


Tempat duduk yang boleh ditumbangkan sepenuhnya
Salah satu ciri menarik yang menjadikan GAC AION Y PLUS berbeza berbanding EV lain adalah kemampuan untuk menumbangkan tempat duduk hadapan sepenuhnya, menjadikannya ‘katil’ double berkelebaran 1.8 meter.
Dari segi teknologi, model ini menggunakan bateri Magazine eksklusif GAC AION, yang pertama di dunia dengan teknologi keselamatan bateri Magazine. Teknologi ini boleh mengelakkan sebarang letupan atau kebakaran berlaku ke atas bateri menjadikannya antara teknologi bateri paling selamat di dunia.
Bateri ini memiliki kapasiti 63.2 kWh dengan output maksimum 150 kW. Dengan cas penuh, GAC AION Y PLUS boleh mencapat jarak perjalanan EV sehingga 490 km (NEDC) atau 430 km (WLTP).



GAC AION Y PLUS spesifikasi Thailand
Dari segi rekaan, GAC AION Y PLUS tampil unik dengan lampu hadapan Angel’s Wing dengan tujuh jalur lampu melintang. Model ini ditawarkan dalam tujuh pilihan warna termasuk hitam Glamour Black dan hijau Youthful Green.
Buat masa ini, WTCA masih belum mendedahkan harga jualannya. Anggaran kami, GAC AION Y PLUS mungkin akan dijual dalam lingkungan harga seperti pesaingnya, BYD dan Chery, iaitu antara RM150,000 hingga RM190,000.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kilang GAC Aion Thailand Bakal Siap Julai Ini – Aion Y Plus Jadi Model Pertama, Import Ke M'sia?
GAC Aion telah memulakan pembinaan kilang pengeluaran luar negara pertamanya di Koridor Ekonomi Timur (EEC) di Rayong, Thailand.
01-02-2024
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat