Volvo Catat Rekod Jualan Global Terbaru, Lebih 708K Terjual! Ini Dia Model Yang Terlaris...

Volvo telah mencatat rekod jualan global baharu dengan penghantaran sebanyak 708,718 unit pada tahun 2023. Model terlaris di peringkat global ialah SUV XC60.
Jenama automotif Sweden, Volvo, telah mencatatkan rekod jualan terbaru setelah mencapai angka jualan global sebanyak 708,718 unit. Pencapaian ini mewakili peningkatan sebanyak 15% berbanding jumlah jualan tahun sebelumnya iaitu 615,121 unit.
Seperti yang dijangkakan, Eropah kekal menjadi pasaran terbesar Volvo, dengan sejumlah 294,794 unit Volvo terjual. Ini diikuti oleh China dengan 170,091 unit, serta pasaran AS dengan 128,701 unit – pasaran ini mengalami peningkatan jualan terbesar sebanyak 26% dari tahun sebelumnya.

-full.webp)
Jualan EV hanya menyumbang kira-kira 16% daripada jumlah jualan keseluruhan Volvo tahun lalu.
Daripada jumlah keseluruhan 708,718 unit yang terjual tahun lalu, kenderaan elektrik (EV) hanya menyumbang 16%, dengan hanya 113,419 unit yang dihantar secara global.
Walaupun jumlah 70% lebih tinggi berbanding jualan EV pada tahun sebelumnya, jumlah ini masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan Volvo iaitu untuk memiliki 50% daripada jumlah jualan keseluruhan datang dari EV pada tahun 2025.
Bagaimanapun, dijangkakan angka jualan EV Volvo akan menunjukkan peningkatan yang signifikan pada tahun ini, kerana barisan model elektrik Volvo yang kini terdiri daripada EX90, EX30 dan MPV EM90, akan ditambah dengan kehadiran sedan ES90.

-full.webp)
Sementara itu, prestasi jualan bagi model separa elektrik pula, Volvo telah membuat penghantaran sejumlah 152,561 unit hibrid plug-in (PHEV) pada tahun 2023 – peningkatan kecil sebanyak 10% berbanding jumlah jualan pada tahun 2022. Bersama dengan EV, kenderaan tenaga baharu (NEV) Volvo telah menyumbang sebanyak 38% daripada jumlah jualan tahunan mereka pada tahun 2023.
-full.webp)

-full.webp)
-full.webp)
Seterusnya, dalam aspek prestasi jualan berdasarkan model pula, SUV segmen C XC60 kekal sebagai model terlaris bagi tahun 2023 dengan jualan sebanyak 228,646 unit, peningkatan sebanyak 17% berbanding tahun 2022. Ini diikuti oleh XC40 dengan 200,670 unit dan XC90 dengan 107,549 unit.
Barisan model sedan Volvo turut menunjukkan peningkatan prestasi jualan, yang mana S90 terjual sehingga 49,283 unit (peningkatan sebanyak 15% dari tahun 2022), manakala S60 mencapai 40,153 unit, atau peningkatan sebanyak 2% berbanding 2022.


Model yang paling kurang mendapat sambutan ialah Volvo V60 dan V90 yang mana masing-masing menunjukkan penurunan sebanyak 5% (30,438 unit) dan 4% (14,224 unit).
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW6527
SELANGOR
BSP7064
JOHOR
JYW1172
PULAU PINANG
PSB9648
PERAK
APH2427
PAHANG
CFG4183
KEDAH
KGF6935
NEGERI SEMBILAN
NEK3231
KOTA KINABALU
SJR7365
KUCHING
QAB7153N
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat