Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60

Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia sekali gus membuatkan ia berjaya mengatasi model ikonik Volvo 240 sebagai kereta Volvo paling laris dalam sejarah.
Ini kerana sejak diperkenalkan pada tahun 2008, SUV bersaiz sederhana ini terus menjadi pilihan utama ramai pelanggan terutamanya bagi mereka yang mementingkan keselamatan, kualiti, dan pengalaman pemanduan premium.
Pada mulanya ia hanya dihasilkan di Eropah, XC60 kemudian menjadi model Volvo global pertama yang turut dikeluarkan di China bagi menyokong pasaran tempatan. Ia juga pernah dinobatkan sebagai World Car of the Year pada tahun 2018.
Sebelum ini, Volvo 240 estate merupakan pilihan utama keluarga kerana keupayaannya dalam aspek keselamatan dan prestasi pemanduan. Ia dianggap sebagai penanda aras kereta keluarga.
Namun kini, SUV telah menggantikan estate sebagai pilihan utama, dan pencapaian XC60 sebagai model Volvo paling laris sepanjang masa jelas mencerminkan perubahan keutamaan pelanggan masa kini.
Ramai yang membesar bersama Volvo 240 kini memilih XC60 untuk keluarga mereka sendiri. Seperti mana 240 membentuk kenangan zaman kanak-kanak mereka, kini XC60 mencipta memori untuk generasi baharu pula.
Ketika Volvo 240 dilancarkan pada tahun 1974, ia meletakkan standard baharu dalam keselamatan termasuk rekaan badan yang mampu menyerap hentakan hadapan dan belakang, serta kabin penumpang yang diperkukuh. Prinsip ini masih menjadi asas rekaan keselamatan Volvo hingga hari ini.
Model ini juga antara yang terawal memperkenalkan perlindungan hentakan sisi yang kemudian dikembangkan menjadi sistem Side-Impact Protection System (SIPS) milik Volvo.
Malah, Volvo turut memperkenalkan Child Booster Cushion pada tahun 1978 iaitu satu inovasi baharu yang diperkenalkan pada dunia, satu ketika dahulu.

XC60 meneruskan legasi ini dengan memperkenalkan pelbagai teknologi keselamatan canggih seperti City Safety – sistem brek automatik pertama di dunia yang dipasang secara
standard untuk membantu mengelak atau mengurangkan perlanggaran pada kelajuan sehingga 30 km/j. Sejak dilancarkan pada 2008, teknologi ini kini menjadi ciri biasa dalam kereta moden.

Pada tahun 2017, XC60 menjadi model pertama di dunia yang memperkenalkan Oncoming Lane Mitigation – sistem yang membantu anda kembali ke lorong jika tersasar ke laluan bertentangan. Inovasi-inovasi seperti ini telah memenangi pelbagai anugerah keselamatan bebas.


Sama seperti Volvo 240 dahulu, XC60 yang telah diperbaharui ini kini antara kereta paling selamat di jalan raya – dengan struktur badan yang diperkukuh dan teknologi bantuan pemandu terkini untuk melindungi anda dan penumpang.


Di Malaysia, Volvo Car Malaysia (VCM) terus menawarkan model XC60 sebagai produk pemasangan tempatan (CKD) yang dikeluarkan dari kilangnya yang terletak di Shah Alam. XC60 yang ditawarkan secara eksklusif dalam varian hibrid plug-in (PHEV) dijual pada harga RM357,888.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3970
SELANGOR
BSU4696
JOHOR
JF9061J
PULAU PINANG
PSG5048
PERAK
APM3295
PAHANG
CFJ1491
KEDAH
KGJ4933
NEGERI SEMBILAN
NEM3173
KOTA KINABALU
SJU5950
KUCHING
QAB7659P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



