CLE Cabriolet Nampak Sporty Sebab Bumbungnya

Setelah menayangkan Mercedes-Benz CLE serba baharunya dalam versi coupe dan juga versi AMG, nampaknya Mercedes-Benz mengembangkan lagi rangkaian model tesebut dengan menampilkan Mercedes-Benz CLE Cabriolet.
Cabriolet yang menggunakan kod casis A236, dilihat membawa sentuhan yang cukup sporty memandangkan ia membawa bumbungnya jenis terbuka.
Menurut Mercedes-Benz, bumbung berkuasa elektrik CLE Cabriolet boleh dinaikkan atau turun dalam masa 20 saat pada kelajuan 60 kilometer sejam (km/j).


Sebaliknya, jika bumbung itu dibuka ia akan memakan ruang kargo seluas 348 liter itu akan menjadi kecil iaitu 295 liter.


Memandangkan bumbungnya rendah, ia dilengkapi dengan sistem Aircap.
Sistem itu dikatakan dapat memesongkan angin dari bahagian atas cermin depan bagi memberi keselesaan untuk pemandu dan penumpang apabila bumbung diturunkan.
Dari segi saiznya pula, panjang CLE Cabriolet ialah 4,850 mm, selebar 1,861 mm, setinggi 1,424 mm manakala jarak roda pula 2,865 mm iaitu lebih panjang 25 mm berbanding model Coupe.

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan kluster instrumen digital 12.3 inci serta sistem infotainmen 11.9 inci.
Skrin sesentuh ini boleh dipusingkan secara elektrikal dari 15 hingga 40 darjah untuk mengelak sinaran mentari apabila bumbung fabrik diturunkan.


Apa yang cukup menarik ialah tempat duduknya didatangkan dengan kulit yang boleh memantulkan cahaya matahari.
Difahamkan, ia diberi salutan khas yang memantulkan sinaran inframerah matahari .


Selain itu, ia juga membantu mengekalkan kulit lebih sejuk sehingga 12 darjah Celsius di bawah cahaya matahari.
Antara ciri lain yang terdapat pada jentera ini ialah sistem pemanasan paras leher Airscarf , pencahayaan ambien dinamik, audio keliling Burmester 3D 17-pembesar suara.

Menyentuh mengenai trenkuasanya pula, ia didatangkan dengan tiga enjin petrol pengecas turbo hibrid ringan (MHEV) dan satu pilihan enjin diesel 2.0 liter.
Enjin diesel 2.0 liter itu mampu menghasilkan kuasa setakat 194hp, tork 440 Nm.
Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.9 saat, manakala kelajuan tertinggi ialah 234km/j.
Sementara itu, enjin petrol 2.0 liter empat silinder pengecas turbo pula mampu menghamburkan kuasa setakat 201 hp dan tork 320 Nm.

Bagi 4MATIC, ia disumbat dengan enjin 2.0 liter empat silinder pengecas turbo yang mana ia boleh menghasikan kuasa 255hp dan tork 400 Nm tork. Ia boleh memecut dari 0-100km/j dalam 6.6 saat dan kelajuan tertinggi pula 250km/j.
Akhir sekali ialah CLE 450 4MATIC. Model ini didatangkan dengan enjin 3.0 liter enam silinder sebaris, dimana ia boleh menghasilkan kuasa 375hp dan tork 500 Nm.
Ia boleh pecut dari 0-100km/j dalam 4.7 saat, manakala kelajuan tertinggi 250km/j.
Susulan itu, Mercedes-Benz mengesahkan bahawa tempahan CLE Cabriolet 2024 sudah dibuka manakala penghantaran dijadualkan bermula pada hujung April nanti!
Buat masa ini, ia tiba di pasaran Eropah dan ia sudah bersedia untuk membuat penampilan sulung di pasaran global yang lain.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!
Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.
06-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Kegiatan Sorok Kereta Mewah Import Dalam Gudang Akhirnya Dikesan Kastam
Sebuah gudang tamat lesen menyembunyikan 14 buah kenderaan mewah import tanpa pembeli sejak lima bulan lalu akhirnya terbongkar.
28-10-2025
Merc Terbakar: Nasib Pemandu, Penumpang Sempat Keluar
Tular di internet yang menunjukkan sebuah Mercedes-Benz terbakar di tepi jalan.
19-02-2024
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Tempoh Menunggu Mercedes-Benz Cecah 6 Bulan
Tempoh menunggu Mercedes-Benz Malaysia cecah 6 bulan.
25-07-2022
Berita Terkini
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge