Honda City Facelift, Ada Varian Baharu

Honda Thailand melancarkan Honda City Hatchback facelift 2024 yang telah dikemaskini di negaranya sendiri, baru-baru ini.
Honda segmen-B itu didatangkan dalam lima varian dimana tiga daripadanya disumbat dengan enjin petrol manakala dua lagi ialah rangkaian kuasa e-HEV.
Difahamkan dari segi rangkaian kuasanya, ia masih kekal dimana enjin 1.0 liter VTEC tiga silinder sebaris berkuasa turbo menghasilkan kuasa setakat 122 PS dan tork 173 Nm.
Sementara itu, varian e-:HEV hibrid menggunakan enjin 1.5 liter empat silinder yang dipadankan dengan motor berkembar i-MMD dan bateri.

Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan dari segi transmisi automatik CVT dan e-CVT untuk model ini.


Kali ini, Honda facelift ini telah menerima penggayaan lebih segar dimana bampar depan dan belakang telah disemak semula manakaa varian RS yang sporty menerima lampu depan jenis LED, rim roda bersaiz 16-inci serta bumbung berwarna hitam.


Pendek kata, model yang dilancarkan di Thailand ini sebenarnya lebih tertumpu kepada aspek keselamatan.


Seperti mana sedan Honda City yang diperbaharui, model ini juga sarat dengan pelbagai ciri keselamatan dan lengkap dengan sistem ADAS.
Satu lagi kemas kini yang boleh dilihat di dalam kabinnya ialah semua varian SV dan RS yang ditawarkan di Thailand ini menerima skrin infotainmen skrin sentuh 8 inci.
Teknologi tersebut kini menawarkan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sekali gus memudahkan pemanduan harian.


Bagi pilihan warna, bagi model 1.0 Turbo, terdapat enam pilihan warna iaitu Taffeta White, Platinum White Pearl, Sonic Grey Pearl, Meteoroid Grey Metallic, Crystal Black Pearl dan Ignite Red Metallic.

Sementara it, bagi versi hibrid, e:HEV, turut mendapat enam pilihan warna iaitu, Platinum White Pearl, Sonic Grey Pearl, Meteoroid Grey Metallic, Crystal Black Pearl, Ignite Red Metallic dan Brilliant Sporty Blue.
Harga jualan Honda City City Hatchback Facelift 2024 ini ialah seperti berikut:
1. City 1.0 Turbo Hatchback S+ : 599,000 baht (RM79,700)
2. City 1.0 Turbo Hatchback SV : 679,000 baht (RM90,400)
3. City 1.0 Turbo Hatchback RS : 749,000 baht (RM99,800)
4. City e:HEV Hatchback SV : 729,000 baht (RM97,000)
5. City e:HEV Hatchback RS : 799,000 baht (RM106,400)
Sementara itu, Honda Malaysia dijangka memperkenalkan City Hatchback yang dipertingkatkan pada tahun ini dengan peningkatan yang sama seperti versi spesifikasi Thailand ini,
Jangkakan versi pasaran Malaysia akan meneruskan pilihan sedia ada dengan enjin 1.5 liter i-VTEC 4-silinder dan 1.5-liter 4-silinder i-MMD hybrid seperti mana yang dibuat sekarang.
Teruskan bersama CariCarz.com untuk mengetahui berita selanjutnya mengenai Honda City Hatchback nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat