Jualan Proton Di Brunei Meningkat 87% Tahun Lalu, Ini Model Terlaris...
![]()
Proton X50
Pengeluar kereta nasional, PROTON mencatatkan rekod jualan terbaru bagi tahun lalu di Brunei Darussalam.
Jualan PROTON di Brunei meningkat sebanyak 87% pada tahun 2023, sebanyak 789 unit berbanding 422 unit pada tahun 2022.
Prestasi luar biasa itu menaikkan kedudukan jenama ke tangga kelima dalam jadual jualan dengan pegangan pasaran sebanyak 5.4%, naik satu tempat dan meningkat 2.2% berbanding tahun sebelumnya.
Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi negara tersebut ditutup pada 14,640 unit untuk tahun 2023 iaitu peningkatan daripada 13,000 unit bagi tahun 2022.


Proton X50
Proton X50, model terlaris PROTON sejak diperkenalkan pada Oktober 2020, menjadi pilihan utama di Brunei dengan 476 unit terjual, merangkumi kira-kira 60% daripada jumlah jualan Proton pada tahun 2023. Pencapaian ini meletakkannya di tempat ketiga keseluruhan dalam segmen pasarannya.

Kilang Proton di Tanjung Malim
Setakat ini, lebih 100,000 unit X50 telah dikeluarkan dari barisan pemasangan di kilang PROTON di Tanjong Malim, membuktikan popularitinya dalam kalangan pelanggan.
Steven Xu, Pengarah Bahagian Jualan Antarabangsa PROTON, berkata bahawa populariti Proton X50 di Brunei disokong oleh komunikasi yang jelas tentang nilai dan ciri model itu, serta ekuiti jenama.
“PROTON bekerjasama rapat dengan pengimport kami, PAD Motors, untuk mempromosikan harga kompetitif dan ciri-ciri unggul model itu berbanding pesaingnya di samping menawarkan pakej kewangan untuk memudahkan pembelian. Ini disokong dengan aktiviti kami untuk mempromosikan jenama PROTON, yang dibantu oleh kejayaan X50 di Malaysia yang membantu membina keyakinan pelanggan Brunei,” katanya.
Model Proton lain turut tersenarai dalam kedudukan 10 teratas bagi segmen masing-masing pada tahun 2023 hasil daripada usaha promosi dan penjenamaan.

Proton Persona
Proton Persona dan Proton Iriz masing-masing berada di kedudukan keenam dan kelapan bagi kereta segmen B manakala Proton X90 menduduki tempat ketujuh untuk SUV segmen D walaupun baru dipasarkan dalam tempoh kurang daripada setengah tahun.
Kejayaan yang dicapai pada tahun 2023 dilihat sebagai satu landasan yang memberikan keyakinan kepada PROTON dan PAD Motors untuk meraih jumlah jualan lebih daripada 1,000 unit di Brunei pada tahun 2024.

Proton S70
“Untuk 2024, PROTON yakin dapat mencapai lebih banyak pertumbuhan di Brunei. Dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model lain serta pengenalan Proton S70, kami menyasarkan untuk menembusi halangan 1,000 unit pada akhir tahun ini,” tambah Steven Xu.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge